1-Hanya ada satu pilihan samada berjaya atau gagal, itu saja pilhan yang ada. Penolakan komited untuk berjaya.
2-Suka dengar cakap orang, dengar cakap orang ibarat diri macam lalang, kekadang satu ayat sahaja boleh menyebabkan gagal.
CARA ELAKKAN DIRI DENGAN CAKAP ORANG
a) Jangan bertanya kepada orang yang disahkan tidak tahu.
b) Jangan tanya pada orang yang ta pernah lakukan (ibarat mereka diluar pagar).
c) Katakan dalam hati itu hanya pendapatnya sahaja.
3-Hidup atas sudut pandangan orang lain
"Nanti apa orang lain kata?"
"Nanti apa pula kata jiran2...."
"Nanti apa pula kata emak mertua aku?"
CARA ELAKKAN PANDANGAN ORANG LAIN
a) Ingatkan diri kita yang kita menjalankan hidup sendiri. Tanggungjawab pada hidup kita terletak di tangan kita.
b) Elak bergaul dengan manusia gagal
c) Setiap kali berdetik satu perasaan dalam hati bimbang "Apa orang lain kata" Segera buang perasaan itu jauh-jauh. Katakan "ahhh"
4- Tidak Sanggup
Apa guna jika kita bekerja 30 tahun selepas itu kena bekerja kembali kerana sedikit kesilapan iaitu tidak membuat perancangan persaraan komprenhensif semasa bekerja. Orang yang bekerja kembali selepas bersara adalah orang yang tiada perancangan persaraan bukan tiada duit semasa bersara kerana suka mengambil mudah kepada sesuatu isu.
Tuesday, March 29, 2011
Motivasi Untuk Berjaya
Sedikit perkongsian tentang 10 tips 'Motivasi Untuk Berjaya' yang saya perolehi dari seorang 'Sifu' dan Pakar Motivasi. Mudah2an ianya memberi manfaat kepada semua rakan..... insyaAllah...
1. Fikirkan Boleh : Tidak Ada Yang Mustahil Sebelum Dicuba. Kenapa perlu mengalah sebelum mencuba? Kalau orang lain boleh melakukan, kenapa anda tidak? Inilah cogankata yang perlu kita sematkan dalam minda dan hati kita. Dengan berpegang kepada cogankata ini, tiada apa yang mustahil dalam hidup anda.
2. Anda bukan gagal, cuma belum berjaya: Jangan cepat melabelkan diri sendiri sebagai seorang yang `GAGAL'. Kesannya amat buruk sekali. Anda bukan gagal, tetapi belum berjaya. Mungkin anda hanya perlukan selangkah lagi untuk berjaya, jadi kenapa berhenti sekarang?
3. Berdikari : Jangan Terlalu Bergantung Kepada Orang Lain. Semua manusia dalam dunia ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Anda juga tidak terkecuali. Apa yang anda perlu lakukan ialah mengenali potensi diri dan menggilapnya. Anda boleh melakukannya sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Anda ada kekuatan yang tidak dimiliki oleh orang lain.
4. Berfikir Secara Kreatif : Dengan berkreatif, anda akan melihat `cahaya-cahaya' baru yang boleh menerangi `kegelapan' selama ini. Kadangkala perkara itu bukanlah sukar pun, tetapi oleh kerana anda menyempitkan pemikiran, akhirnya anda rasa terhimpit dan hilang motivasi. Oleh itu, belajarlah untuk berkreatif.
5. Bersikap Positif dan Optmitis: Langit tidak akan selamanya mendung, alam tidak akan selamanya malam. Pasti suatu ketika fajar akan menyinsing datang menebarkan sinarnya. Jangan berputus asa dengan rahmat Tuhan. Berbaik sangka denganNya dan berusahalah sehingga berjaya.
6. Berilah sedikit masa untuk berjaya : Ia seperti anda bercucuk tanam. Jika hari ini anda menyemai pokok durian, mungkin tiga, lima, tujuh tahun nanti barulah anda mendapatkan hasilnya. Begitu juga dalam karier dan kerjaya. Anda perlukan masa untuk mendaki tangga kejayaan.
7. Rujuk matlamat hidup : Adakah anda di atas landasannya? Jika ya, jangan gundah gulana. Anda tidak akan tersesat selagi di atas landasan yang betul. Teruskan dengan jadual perancangan anda dan tingkatkan usaha lagi.
8. Pertingkatkan Ilmu dan Kemahiran : Mungkin bukan kerana anda tidak boleh berjaya, tetapi ada beberapa `kelengkapan' yang masih belum dimiliki. Ia adalah ilmu dan kemahiran. Anda boleh mendapatkannya melalui pelbagai cara melalui pembelajaran, membaca dan sebagainya. Tetapi ada satu sistem pendidikan yang mempunyai kesan yang sangat hebat, iaitu pengalaman. Belajarlah daripadanya.
9. Fahami fitrah alam : Kejayaan bukan sesuatu yang mudah. Jika anda hendak menjadi seorang yang tewas, ianya sangat mudah. Jika hendak mendapatkan wang, anda perlu bekerja. Tetapi jika hendak kehilangan wang, anda boleh mencampakkannya ke mana-mana. Mudah bukan? Itulah hukum alam; kejayaan bukan sesuatu yang mudah. Jangan rasa lemah dan longlai semata-mata kerana ianya sukar. Mungkin itu adalah petanda kejayaan yang semakin hampir.
10. Tuhan akan bersama dengan kebenaran : Buatlah sesuatu berasaskan kebenaran, pasti Tuhan akan bersama dengan anda. Jika Tuhan Yang Sangat Berkuasa itu turut bersama, apakah lagi yang anda inginkan?
Selamat Maju Jaya & Wassalam...
Saturday, March 26, 2011
Persediaan Kewangan Di Waktu Persaraan
Thursday, March 24, 2011
Pendapatan Aktif dan Pendapatan Pasif
Apa itu Pendapatan Aktif dan Pendapatan Pasif?
Pendapatan Aktif dibayar berdasarkan masa bekerja, hampir 80 peratus orang kerja makan gaji. Pendapatan Pasif diperoleh dengan bekerja sekali dengan penuh kemudian menerima bayaran tanpa henti, cuma 20 peratus menggunakan kaedah ini. Lebih besar pendapatan pasif semakin banyak masa yang akan bakal diperoleh bersama keluarga dengan wang masih masuk ke akaun bank. Kalau bercuti enam bulan terus menerus pun wang masih masuk.
Berikut adalah beberapa jenis punca pendapatan pasif:
• Pelabur yang mendapat dividen bulanan atau tahunan
• Pemilik hartanah yang menyewakan rumah atau tanah
• Penulis yang menerima royalti daripada buku tulisan mereka
• Usahawan yang mendapat keuntungan perniagaan
• Agen insurans yang mendapat komisen
• Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka
• Ahli jualan langsung/MLM)yang menerima komisen bulanan
Rahsia kekayaan yang sebenar bukanlah terletak kepada berapa banyak wang yang dimiliki tetapi kebebasan yang miliki. Ada orang banyak harta tetapi sentiasa sibuk dan tiada masa untuk melakukan kegiatan yang disukai. Contohnya mereka tidak bebas untuk melihat anak-anak membesar, bersarapan pagi selama dua jam, bersantai di tempat peranginan tanpa risau memikirkan soal operasi pejabat.
Sebagai contoh kita lihat kes seorang doktor pakar . Memang pendapatan secara mutlak tinggi tetapi POTENSI pendapatan mereka ada hadnya. Dalam masa 24 jam sehari mereka hanya boleh berjumpa sejumlah tertentu pesakit sahaja dan mesti berjumpa dengan setiap pesakit tersebut. Dalam erti kata lain mesti aktif atau berada di situ. Tiada beza juga jika kita bandingkan dengan pegawai korporat atau kerajaan, peguam atau jurujual berkomisen. Kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai pendapatan pasif. Mereka memang nampak kaya, tetapi sebenarnya mereka tetap bergantung kepada gaji atau komisen. Ada yang cuba mengatasi kelemahan ini dengan menggunakan model agensi berkomisen dipanggil "overiding". Tetapi pelanggan masih dimiliki syarikat prinsipal. Bererti kalau meninggalkan syarikat, komisen hilang, nilai aset pelanggan langsung menjadi sifar kerana diambil alih oleh syarikat.
Apa yang diceritakan setakat ini boleh dibaca dengan lebih terperinci dalam buku "Rich Dad Poor Dad" hasil nukilan Robert Kiyosaki. Beliau membahagikan cara menjana pendapatan kepada 4 kuadran. Beliau menyarankan jika kita ingin membebaskan diri dari belenggu kewangan sepenuhnya, kenalah mula bergerak ke Kuadran 3 Perniagaan atau Kuadran 4 Pelaburan. Kuadran 4 dianggap terbaik kerana di sinilah wang membuat wang berlaku tanpa sebarang usaha dari pelabur kecuali pemantauan berkala. Jadi sekiranya anda berada dalam Kuadran 1 Makan Gaji berusahalah untuk bergerak secara beransur-ansur ke Kuadran 2 atau Kuadran 3. Tidak mustahil sebenarnya untuk seorang itu bergerak dari Kuadran 1 ke Kuadran 4 jika dia berjimat cermat atau kenaikan gajinya setanding dengan inflasi.
Berapa peratuskah hasil pendapatan anda sekarang pasif? Mulakan bertukar Kuadran daripada aktif kepada pasif. Ini akan memberikan lebih banyak masa untuk anda melakukan apa yang anda suka ketika waktu yang anda mahukan. Jangan korbankan pendapatan sekarang,cuba satu punca pendapatan pasif setiap tahun.
Berikut adalah beberapa jenis punca pendapatan pasif yang boleh anda buat kajian:
• Pelabur yang mendapat dividen bulanan atau tahunan
• Pemilik hartanah yang menyewakan rumah atau tanah
• Penulis yang menerima royalti daripada buku tulisan mereka
• Usahawan yang mendapat keuntungan bisnes
• Agen insurans yang mendapat pendapatan sampingan
• Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka
• Ahli jualan langsung yang menerima komisen bulanan
Teknik Untuk Gandakan Wang Dengan Unit Trust
Teknik atau cara ini biasa digunakan oleh profesional/ jutawann dalam mengandakan wang mereka. Terdapat 3 prinsip simpanan yang biasa mereka gunakan.
Prinsip Pertama:
Lebih cepat anda menyimpan lebih senang. Tahukah anda seorang yang berumur 25 tahun menyimpan sebanyak RM100 sebulan (RM1,200 setahun) akan mengumpul RM349,000 apabila beliau berumur 65 tahun ( faedah sebanyak 8% setahun)? Jika beliau bertangguh selama setahun, “kerugian” sebanyak RM27,800. Jika beliau menunggu selama 5 tahun, jumlahnya kurang sebanyak RM120,000 selepas mencapai tempoh persaraan, dan jika menunggu sehingga 10 tahun jumlah akan berkurangan sebanyak RM200,000! Dengan RM100 sebulan, jumlah yang disimpan selama 10 tahun ialah RM12,000 tetapi kekayaan yang hilang ialah RM200,000. Ini adalah satu impak daripada faedah kompund iaitu wang yang dilaburkan akan dikenakan faedah setiap tahun. Ia seperti pengembala kambing yang mendapat 2, 4, 8, 16, 32, 64, 128, 256 dan seterusnya apabila kambing-kambingnya beranak dan beranak.Adalah sesuatu yang rugi jika anda masih menunggu, dan ia seakan tregedi jika anda tidak menyimpan langsung. Mulakan menyimpan hari ini, kerajaan telah menyediakan ASN, ASB, Wawasan 2020 dan sebagainya untuk anda mula menyimpan.
Prinsip Kedua:
Bila anda menyimpan sama penting dengan berapa banyak anda menyimpan. Katakan dua orang yang sama umurnya telah menyimpan RM5,000 setahun selama 15 tahun. Jumlah ialah RM75,000. yang pertama menyimpan dari umur 20 hingga 35, sebelum berkahwin. Orang yang kedua menyimpan jumlah yang sama tetapi selepas anak-anaknya bekerja. Beliau menyimpan sebanyak RM75,000 dari umur 55 hingga 65.Semasa berumur 65 tahun, orang yang pertama jumlah simpanannya menjadi RM750,000! – 10 kali daripada jumlah yang disimpan. Ia merupakan satu perbezaan yang besar daripada orang yang kedua yang mengumpul hanya RM75,000, walaupun kedua-duanya menyimpan jumlah yang sama. Perbezaannya ialah bukan berapa banyak yang disimpan tetapi bila simpanan itu mula dibuat. Kesimpulannya ialah kita perlu menyimpan seberapa banyak yang boleh dan seawal yang boleh!
Prinsip Ketiga:
Berapa banyak anda simpan adalah lebih penting daripada berapa banyak pendapatan anda. Nampaknya seperti membingungkan, tetapi anda tidak perlu mempunyai pendapatan besar untuk menjadi kaya. Dinegara maju, ramai orang dengan pendapatan biasa sahaja telah menjadi kaya kerana mereka berjimat dan menyimpan lebih banyak daripada orang lain.Mereka yang dengan konsisten boleh menyimpan lebih daripada 10 peratus akan menjadi lebih kaya dengan cepat daripada mereka yang tidak menyimpan. Contohnya satu keluarga yang berpendapatan RM30,000 setahun. Katakan mereka berjimat dan berjaya menyimpan 25% daripada pendapatan sebulan dibank, menjadi RM7,500 setahun (RM625 sebulan). Selepas 25 tahun, pendapatan yang dikumpul ialah RM594,000.Sekarang bandingkan dengan keluarga yang berpendapatan RM50,000 setahun, tetapi mereka suka membazir dan hanya menyimpan sebanyak 5% daripada pendapatan atau RM2,500 setahun (RM208.33 sebulan). Selepas 25 tahun, pendapatan terkumpul dibank ialah hanya RM198,000.
Sekarang anda sudah mengetahui rahsia teknik pelaburan yang biasa digunakan oleh professional dan jutawann.
Bincangkan bersama-sama keluarga anda dan saya harap anda dapat menyimpan secepat mungkin!lebih setahun yang lalu.
Subscribe to:
Posts (Atom)