Mengenai Saya



Saya bernama Nor Zamri Bin Yahya, sebagai Unit Trust Consultant di Public Mutual Berhad.


Tujuan blog ini dibuat ialah 
(1) untuk memberi ilmu kepada sesiapa yang ingin mengetahui cara melabur
(2) membantu orang ramai mencapai matlamat kewangan mereka melalui program perancangan simpanan dan pelaburan yang sistematik dan 
(3) mempelawa kepada yang berminat mencari peluang perniagaan yang berpotensi untuk berkembang dengan kos yang kecil tetapi boleh mendapat pendapatan yang tidak terbatas. 

Perunding Unit Amanah adalah satu bentuk perniagaan yang berasaskan perkhidmatan yang kurang terjejas semasa krisis ekonomi. Kerana bagi pelabur yang ingin membuat pelaburan jangka panjang (true investor), semasa krisis ekonomi adalah masa yang terbaik untuk menambah kekayaan dengan membuat pelaburan tambahan pada kos yang sangat rendah.


Dalam dunia yang serba mencabar sekarang terutama apabila berlaku krisis ekonomi kita sering mendengar berlaku pembuangan pekerja secara beramai-ramai oleh syarikat kecil mahupun syarikat gergasi dengan alasan untuk mengurangkan kos operasi dan secara langsung bagi mengelakkan kerugian.

Mempelbagaikan sumber pendapatan (multiple income stream) merupakan langkah yang terbaik untuk menghadapi pelbagai situasi ekonomi kerana sekiranya kita kehilangan salah satu punca pendapatan maka kita ada lagi punca pendapatan yang lain sebagai ‘backup’.


Robert T. Kiyosaki berkata, sekiranya anda sayangkan kerja anda sekarang… ‘keep your days job and do part time business’.


Terima kasih 

Nor Zamri Bin Haji Yahya
Unit Trust Consultant
HP : 013-3848254
Email : yzamry@gmail.com
Blog : http://www.gandawang2u.blogspot.com





   


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...