Apa guna jika kita bekerja 30 tahun selepas itu kena bekerja kembali kerana sedikit kesilapan iaitu tidak membuat perancangan persaraan komprenhensif semasa bekerja. Orang yang bekerja kembali selepas bersara adalah orang yang tiada perancangan persaraan bukan tiada duit semasa bersara kerana suka mengambil mudah kepada sesuatu isu.
Thursday, July 7, 2011
9 Cara Berkesan Menyimpan Duit
Langkah pertama menuju ke arah kebebasan kewangan ialah dengan menyimpan. Di mana-mana anda membaca, semuanya menegaskan perkara ini. Pernyataan-pernyataan, “Simpanlah wang anda”, “Menabunglah wang anda”, “Menabung adalah langkah pertama untuk melabur”, dan sebagainya.
Di sini, saya ingin berkongsi 9 cara berkesan menyimpan wang anda.
1. Peruntukkan suatu nilai tetap sebagai nilai simpanan bulanan
Cara utama untuk menabung ialah dengan menetapkan simpanan bulanan secara tetap dari pendapatan (atau wang saku/elaun bulanan bagi yang belum bekerja). Kebanyakan nasihat memilih 10% dari jumlah pendapatan bulanan sebagai nilai minimum. Lebih tinggi nilai simpanan adalah lebih bagus, tetapi pastikan anda telah menunaikan semua tanggungjawab anda terlebih dahulu.
2. Bonus tahunan/prestasi
Bonus merupakan sesuatu yang menggembirakan bagi setiap pekerja. Tanpa bonus, sebuah kompeni mungkin akan kehilangan pekerja-pekerja hebatnya. Tetapi, adakah berbaloi untuk menghabiskan semua wang bonus hasil susah payah anda selama setahun itu? Huhuhu. Apa kata anda songsangkan PRINSIP MEMBELANJAKAN WANG GAJI anda untuk diaplikasikan ke atas bajet wang bonus anda? Maksud saya, membelanjakan 10% sahaja dan bakinya sebanyak 90% disimpan :)
3. Elaun tambahan
Kebiasaannya, pekerja-pekerja yang perlu bekerja di luar pejabat akan diberikan elaun tambahan. Di antaranya termasuklah elaun minyak, tol, “mileage”, makan, dan sebagainya. Bukan senang untuk menguruskan wang elaun ini, kerana kebiasaannya anda perlu mengeluarkan belanja sendiri dahulu sebelum membuat tuntutan (atau “claim”) dari kompeni anda. Sesetengah kompeni akan membayar semula tuntutan tersebut selepas sebulan. Sebilangannya hanya akan membayar semula tuntutan tersebut hanya selepas dua bulan. Berhati-hati dengan elaun ini. PERUNTUKKAN DAHULU UNTUK KEGUNAAN BULAN BERIKUTNYA BAGI KEGUNAAN TUGASAN LUAR PEJABAT DARI NILAI TUNTUTAN ELAUN YANG DITERIMA SEBELUM ANDA MENYIMPAN. Tiada gunanya sekiranya anda perlu meminjam wang orang lain kerana tujuan anda menyimpan adalahKEBEBASAN KEWANGAN.
4. Kenaikan gaji tahunan
Saban tahun, kebanyakan syarikat akan menghadiahkan kenaikan gaji tahunan bagi pekerja-pekerjanya. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mentaksirkan semula bajet perbelanjaan bulanan anda untuk disesuaikan dengan gaji baru anda. Idealnya, simpan semua kenaikan gaji anda. Tetapi, dalam dunia sebenar, berikanlah sedikit ruang untuk anda merasai dan menikmati kenikmatan kenaikan gaji tersebut. Anda memerlukan motivasi untuk terus kekal menabung. Peruntukkanlah sebahagian kecil wang anda seperti menghadiahkan sehelai baju baru untuk diri anda sendiri
5. Pendapatan tambahan
Menambah wang pendapatan sudah tentulah dapat menambahkan nilai tabungan, SEKIRANYA anda tidak menjolikan ksemua pendapatan tambahan tesebut. Cubalah berniaga kecil-kecilan (“online” atau “offline”) atau menjadi ejen insuran atau menjadi ejen Unit amanah (juga dikenali sebagai “unit trust”) sebagai langkah awal. Sekiranya anda berani, mempunyai modal besar, dan mempunyai ilmu, mungkin boleh melibatkan diri di dalam saham ekuiti, atau hartanah, atau mungkin juga pasaran hadapan.
6. Menyimpan setiap nilai penjimatan
Simpanlah setiap sen yang berjaya dijimatkan pada setiap kali anda berbelanja. Bagaimana untuk berjimat? Terlalu banyak cara. Sila klik di ini untuk bacaan lanjut.
7. Wang syiling
Hampir semua barang-barang yang dijual bukanlah bernilai genap RM seperti RM1 atau RM10. Kebanyakannya akan bernilai RM1.60, RM10.10, dan sebagainya. Setiap kali kita membuat pembayaran bagi barang-barang ini, kita akan diberi baki wang syiling. Dapatkan sekurang-kurangnya sebuah tabung (atau sebarang botol kosong) untuk dijadikan tabung bagi wang syiling tersebut. Sebagai kiraan mudah, ambil nilai RM0.50 sebagai nilai tabungan syiling harian. Darabkan dengan 30 hari, 0.50*30=RM15 bagi setiap bulan. Untuk setahun, darabkan dengan 12, 15*12=RM180. Hah, siapa nak bagi RM180 kepada anda?
8. Lebihan wang perbelanjaan bulanan
Setiap bulan, majikan akan membayar gaji pada satu tarikh yang tetap (mungkin lewat selama 2-3 hari, hehehe). Apabila sampai tarikh gaji masuk, periksa penyata kewangan anda untuk memeriksa jumlah lebihan wang perbelanjaan bulanan anda bagi bulan itu. Ucapkan syabas kepada diri anda kerana anda tidak menjolikan wang lebihan tersebut (menyimpanlah).
9. Bersedekah dan Bayar Zakat
Selain menabung, anda perlu ingat, tiada gunanya mempunyai wang yang banyak sekiranya IA AKAN MENJADI BEBAN DI AKHIRAT KELAK. Bayarlah zakat kerana ia WAJIB. Bersedakahlah kerana di dalam harta anda, Allah telah tetapkan rezeki untuk orang lain. Tetapi, adalah lebih AFDHAL untuk bersedakah kepada keluarga sendiri sebelum orang lain. Selain mendapat pahala sedekah, anda juga telah merapatkan tali silaturrahim sesama keluarga anda, insyaAllah. Jangan bimbang, sedekah dan zakat tidak akan mengurangkan wang anda kerana insyaAllah Allah akan melipatgandakan lagi rezeki anda dan memberkatinya. Amin Ya Allah.
Akhir kata, perlu diingat senarai ini bukanlah senarai mutakhir cara menyimpan duit. Ini hanyalah SEBAHAGIAN sahaja dari cara-cara menyimpan duit. Anda perlu menggunakan kreativiti sendiri dan sesuaikan dengan keperluan anda.