Kita tahu bahawa kita harus menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada rezeki kita untuk masa hadapan. Sekiranya pendapatan kita RM2,000, perlu simpan RM200. Sekiranya suami isteri (anggap keduanya berpendapatan RM2,000) maka, simpanan bulanan adalah RM400.
Nak jadi jutawan, agak lama pada kadar pulangan pelaburan 10%- lebih 30 tahun!. Tetapi, perlu ingat 3 faktor yang kita tidak mengambil kira:
- Sekiranya makan gaji, gaji akan naik apabila diberi masa melalui pengalaman.
- Sekiranya menjalankan perniagaan, pengalaman akan mengajar memaksimakan keuntungan apabila diberi masa.
- Sekiranya makan gaji, EPF juga akan menambahkan simpanan & pelaburan kita di masa hadapan.
Sebenarnya, untuk mencapai simpanan RM1 juta, tidak sesukar yang disangka. Hanya perlu menyimpan secara berterusan dan berdisiplin.
Contoh:
Suami isteri yang berpendapatan RM2,000 seorang dan menyimpan/melabur 10% iaitu RM400 setiap bulan, akan berjaya mencecah RM1juta dalam masa 32 tahun (lebih kurang). Tetapi, masanya agak lama!
Namun, apabila di kira EPF, untuk mencapai RM1 juta, ia mengambil masa dalam lingkungan 25-30 tahun. Masih lagi lama!
Tetapi, sekiranya pendapatan mereka bertambah RM200 setahun, dan masih menyimpan 10%, untuk mencapai RM1juta adalah kurang dari 25 tahun!
Kini, mencapai angka 1 juta adalah milik semua, walaupun berpendapatan sederhana
- Mudah kan? But… start saving now!
Dari Irfan Khairi