Monday, March 18, 2013

Private Retirement Scheme (PRS)


Private Retirement Scheme (PRS) atau Skim Persaraan Swasta akan mula ditawarkan kepada awam dalam bulan November atau Disember tahun ini. Suruhanjaya Sekuriti telah memberi kelulusan kepada lapan syarikat untuk menyediakan PRS.

Apa itu PRS?

PRS ialah skim yang menggalakkan orang ramai untuk menyimpan bagi tujuan persaraan. Ia sebagai dana tambahan kepada simpanan di KWSP. PRS lebih fleksible berbanding KWSP kerana ia adalah tabungan yang dibuat secara sukarela. Ia juga terbuka kepada mereka yang bekerja dengan majikan ataupun bekerja sendiri.

Kelebihan PRS:

1) Pencarum boleh memilih dana unit amanah yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti

2) Pencarum boleh membuat simpanan mengikut kemampuan, walaubagaimanapun tertakluk kepada jumlah minima yang ditetapkan oleh pengurus dana (PRS Provider)

3) Pencarum boleh menangguhkan simpanan sementara sekiranya terdapat komitmen pada masa tertentu, tetapi seeloknya simpanlah secara konsisten kerana ia tabung persaraan untuk masa depan anda

4) Pencarum  boleh mengeluarkan simpanan terhad kepada jumlah yang ada dalam akaun B (30% daripada simpanan dimasukkan ke dalam akaun B). Tiada had pengeluaran tetapi ia hanya boleh dibuat sekali setahun. Pengeluaran akan dikenakan penalti 8% untuk cukai

5) Pencarum diberikan pelepasan cukai sehingga RM3,000 setahun bermula 2012 sehingga 2022 sebagai galakan untuk menyimpan di PRS

6) Dana yang ditawarkan terbahagi kepada tiga jenis: Growth (Agresif), Moderate (Sederhana Agresif) dan Conservative (Konservatif)

Suruhanjaya Sekuriti telah menubuhkan PPA (Private Pension Administrator) untuk mengurus tadbir akaun pencarum dan pencarum boleh menyemak status pelaburan mereka dalam semua dana yang disertai di laman web PPA. Buat masa ini, anda boleh merujuk kepada laman web PPA di sini.http://www.ppa.my/

Friday, March 15, 2013

Permasalahan Kewangan Semasa


Permasalahan Kewangan Semasa



Fakta KWSP

  • Pencarum aktif KWSP 5.79 Juta daripada 12.35 Juta ahli
  • Kajian pada tahun 2010 jangka hayat rakyat Malaysia (lelaki) adalah 72.9 tahun dan perempuan 77.6 tahun
  • 72% pencarum KWSP menghabiskan semua simpanan dalam masa 3 tahun
  • 90% pencarum KWSP mempunyai tabungan kurang RM100,000 bila mencapai umur 55 tahun
  • Purata tabungan KWSP RM114,000.00 bila bersara
  • Purata pendapatan bulanan dari simpanan KWSP hanya RM475.00 sebulan sekiranya jangka hayat hingga 75 tahun (sumber : mStar Ahad 30 Mei 2010)
  • Perlukan simpanan RM1 Juta untuk selesa selepas bersara kenyataan En. Sasitharan Krishnan, Pengarah Kanan Hubungan Pelanggan ReMark Malaysia (laporan Akhbar Utusan; 22 April 2010)





Fakta Hutang

  • Akhir 2011, kedudukan hutang isi rumah rakyat Malaysia adalah sebanyak RM553.2 billion iaitu 55.1% jumlah keseluruhan hutang dalam sistem kewangan
  • Sehingga Mac 2012, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK ) dibawah BNM sejak tahun 2006  telah mengendalikan 181,175 kes hutang
  • 73,744 individu telah menjalani penstrukturan semula hutang dengan bantuan pihak AKPK dan seramai 1,618 kes telah berjaya melunaskan hutang mereka
  • 77 % dari individu yang mendapatkan khidmat nasihat di AKPK merupakan individu yang sudah berumahtangga
  • Setakat April 2012, 241,740 individu telah diisytihar bankrap (70% lelaki & 30% perempuan  (Sinar Harian 4 Disember 2012)

Thursday, March 14, 2013

5 Tips Mudah Urus Kewangan Anda



Pengurusan kewangan memang penting. Setiap individu perlu bijak dalam hal ini tidak kira berapa jumlah wang atau aset yang kita miliki. Kadangkala mungkin kita berasa tertekan bila menyebut atau mendengar perkataan pengurusan kewangan. Sebenarnya, melaksanakan tidaklah sukar. Saya kongsikan 5 sahaja tips yang mudah untuk anda gunakan dalam pengurusan kewangan:
1) Simpan 10% daripada pendapatan anda
Hanya 10% sekurang-kurangnya, perlu dipindahkan ke akaun simpanan anda (Akaun Bebas Kewangan). Yang mana simpanan ini merupakan ‘reward’ kepada diri sendiri setelah bertungkus lumus bekerja setiap bulan. Anda mempunyai 90% lagi yang boleh diagihkan seperti berikut:
10% – Akaun Bebas (gunakan untuk aktiviti yang disukai/hobi contohnya, melancong dsb)
50% – Akaun Keperluan (rumah, perbelanjaan bulanan)
10% – Akaun Kecemasan, Jangka Panjang
10% – Akaun Pendidikan (bidang yang diminati)
10% – Akaun Pemberian (contohnya, untuk ibubapa atau kebajikan)
Dengan membuat agihan seperti ini, ia akan membantu anda menyediakan bajet bulanan.
2) Bayar penuh jumlah penggunaan kad kredit setiap bulan
Tak salah memiliki kad kredit. Banyak kemudahan. Tak perlu bawa tunai yang banyak, lebih selamat. Tapi gunakan ia sepertimana anda berbelanja secara tunai kerana setiap bulan anda perlu membayar jumlah penuh dan ini mengelakkan kos faedah yang tinggi ke atas baki bayaran bulanan apabila anda membayar jumlah yang minimum sahaja. Kos faedah ini adalah amat mahal, boleh melebihi 20%! Tapi sekiranya anda bijak, penjimatan juga boleh dinikmati dengan penggunaan kad kredit.
3) Sediakan bajet dan buat senarai perbelanjaan bulanan
Setelah menyediakan akaun dan membuat pembahagian seperti tip #1, boleh sediakan bajet yang lebih terperinci. Melalui bajet, anda akan mendapati terdapat lebihan lagi yang boleh dimasukkan ke Akaun Bebas Kewangan anda. Sekiranya tiada lebihan pula, anda boleh membuat perubahan kepada tahap perbelanjaan bulanan seperti mengurangkan kos-kos tertentu contohnya menggantikan makan diluar dengan makan bersama keluarga dirumah.
4) Buat senarai barangan sebelum membeli barangan keperluan
Tanpa menyediakan senarai barangan yang hendak dibeli, kemungkinan anda akan berbelanja lebih 30-50% daripada yang sepatutnya. Terutamanya apabila membeli barangan keperluan di ‘hypermarket’. Senarai barangan akan membantu anda lebih fokus dan jimat masa. Jadi JIMAT WANG + JIMAT MASA!
5) Berbincang dengan pasangan anda tentang kewangan
Bagi yang telah berkeluarga, saya sangat menyarankan agar sentiasa berbincang dengan pasangan anda tentang pengurusan kewangan. Ini sangat penting supaya masing-masing faham kedudukan kewangan bersama dan boleh melaksanakan strategi yang sesuai untuk memperbaiki situasi kewangan ke arah yang lebih baik.

Sumber :http://moreclass.com.my

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...