Wednesday, April 20, 2011

Pemurataan Kos Ringgit - Dollar Cost Averaging (DCA)



Ia merupakan satu teknik pelaburan yang digunakan untuk mengurangkan pendedahan kepada risiko yang berpunca dari pembelian tunggal yang besar.

Ia dilakukan dengan membuat pelaburan dalam satu jumlah yang tetap setiap bulan atau setiap penggal ke dalam mana mana unit saham amanah tunggal, tanpa menghiraukan harga unitnya. Contohnya, anda boleh memilih untuk membuat pembelian saham bulanan sebanyak RM100 atau RM 200 kepada satu dana unit amanah saham. Atau mungkin juga anda membuat pembelian yang besar sedikit sebagai contoh RM 500 atau RM 1000 setiap penggal atau suku tahun.

Lebih banyak unit dibeli apabila harga unit sesaham rendah dan unit kurang dibeli jika harga unit sesaham tinggi.



Premis Pemurataan Kos Ringgit (DCA; Dollar Cost Averaging – Dalam Inggerisnya) adalah bagi seseorang pelabur yang ingin mencari perlindungan daripada kehilangan nilai pasaran tidak lama selepas dia membuat pelaburan. Walaupun Pemurataan Kos Ringgit boleh menjadi satu cara pelaburan efektif, ia tidak menjaminkan keuntungan ataupun melindungi pelaburan daripada kerugian dalam pasaran yang merosot pada masa sesingkat musim pelaburan menurun. Untuk pelaburan jangka panjang, ia sesuatu yang masih lebih baik lagi.

Untuk itu anda mesti terus membeli unit unit dalam pasaran pasaran menaik dan menurun supaya strategi ini menjadi berkesan. Oleh itu, anda patut memilih satu jumlah yang anda berasa selesa untuk melabur di bawah semua keadaan pasaran.

Untuk menjelaskan lagi Pemurataan Kos Ringgit dengan lebih baik,andaikan anda ingin menyimpan RM 1200 setiap tahun untuk tabung pendidikan anak anda. Selain daripada melaburkannya sekaligus dan menanggung risiko memasuki semasa apasaran adalah tinggi, anda memutuskan untuk melabur RM 100 setiap bulan dalam satu unit amanah saham seperti yang ditunjukkan jadual dibawah.


Teknik ini digunakan oleh ramai jutawan-jutawan untuk menggandakan wang mereka tanpa memikirkan market naik atau turun.

Monday, April 18, 2011

Pelabur Biasa Vs. Pelabur Hebat



Lazimnya terdapat 2 ciri utama tabiat pelabur.

Tabiat mereka inilah yang menentukan sama ada mereka mampu ‘Buat Duit’ atau tidak melalui pelaburan, terutamannya pelaburan Unit Amanah.

Ramai orang yang terdedah dalam industri pelaburan mengatakan terdapat hampir 90% pelabur mempunyai tabiat yang kurang tepat terhadap pelaburan mereka. Betulkah kenyataan itu? Saya tidak pasti, tetapi mengikut kajian-kajian psikologi memang ramai orang yang akan suka bertindak ‘terbalik’. Ia sama seperti hanya 5% sahaja orang yang berani dan mencari sebab untuk berjaya, sedang 95% lagi adalah orang yang suka memberi alasan serta lebih selesa berada pada tahap biasa. Mereka memanggil pelabur-pelabur itu sebagai ‘Pelabur Biasa’.

Para ‘Pelabur Biasa’ lazimnya tidak percaya kepada matlamat kewangan mereka, sesetengahnya langsung tidak meletakkan objektif kepada pelaburan mereka. Mereka mudah panik apa dengan turun naik pasaran serta banyak menggunakan emosi/perasaan untuk membuat keputusan. Mereka lebih suka dan percaya kepada pandangan dan nasihat individu tidak berkaliber yang menyebelahi emosi mereka.

Berlainan dengan ‘Pelabur Hebat’. Para pelabur ini, memang suka melabur. Mereka sanggup menimba ilmu untuk mengetahui potensi dan cara untuk mencapai matlamat kewangan mereka melalui pelaburan. Mereka bercita-cita untuk kaya dan akan mengambil tindakan diatas setiap peluang untuk memastikan matlamat mereka tercapai.

Lazimnya, ‘Pelabur Hebat’ tidak mudah panik. Mereka mempunyai objektif pelaburan yang jelas. Mereka tidak akan mengganggu pelaburan mereka sehinggalah matlamatnya tercapai. Bagi yang lebih agresif, pastinya mereka akan terus menambah pelaburan mereka. Mereka tidak takut rugi, mereka mahu untung dan mahu laksanakan strategi yang menguntungkan.

Mereka juga tidak suka terburu-buru kerana mereka amat faham bahawa setiap pelaburan dan untung perlukan masa yang tertentu. Bagi mereka adalah diluar tabii’ jika menanam pokok untuk menuai hasilnya sebelum pokok itu tiba masa untuk berbuah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...