Tuesday, November 15, 2011

Orang Kaya dan Orang Miskin

Seorang kaya bersiar siar dalam sebuah kampung. Lalu tersempak dengan sekeluarga miskin yang sedang memakan rumput.



Org Kaya : Kenapa kau makan rumput ?

Org Miskin : Aku makan rumput kerana aku terlalu lapar.

Org Kaya : Sedap ke makan rumput ni ?

Org Miskin : Setelah tak makan seminggu, rumput inilah makanan paling sedap.

Org Kaya : Apa kata kalau kamu ikut aku ke rumahku. Aku belanja kamu makan besar.

Org Miskin : Betul ke ni Org Kaya ? Boleh ke aku bawa keluarga aku bersama ?

Org Kaya : Boleh. Lagi ramai lagi bagus !

Org Miskin : Terima kasih wahai Org Kaya. Tapi makanan cukup ke untuk kami sekeluarga yang ramai ni ?

Org Kaya : Gerenti cukup ! Rumput lalang kat rumah aku tu lebih dua meter tinggi nye !

Monday, November 14, 2011

Boleh Jadi Jutawan Tanpa Merokok

Dari segi kesihatan, memang sudah banyak dibincangkan tentang kesan keburukan merokok. dari segi kewangan pun tidak kurang juga buruknya. Mari kita lihat bagaimana tabiat merokok memusnahkan peluang seseorang itu menjadi jutawan.

Pandangan ini telah dibincangkan oleh Puan Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir dalam bukunya yang bertajuk “Kemana Wang Anda?“. Penemuan yang mengejutkan ini ketika beliau bersama kumpulannya mengendalikan program bersama asnaf di Sabak Bernam.

Seperti biasa diprogram-program yang lain mereka membuat satu perkongsian bajet bulanan keluarga dan didapati ramai golongan bapa yang merokok. Jadi timbullah persoalan, berapa banyak rokok yang dihisap setiap hari?

Jawapannya, “Tidak banyak, hanya dua kotak sahaja…” Jawab salah seorang peserta yang merupakan ketua keluarga.

Soalan seterusnya, “Berapa banyak yang dibelanjakan?”

Jawapan yang diterima, “Saya beli yang termurah, hanya tiga ringgit sekotak. jadi sehari baru enam ringgit.” dengan selamba jawapannya tanpa berasa salah sedikit pun.

Tidak terhenti setakat itu, mereka terus menanyakan soalan kepada peserta tadi, “Sejak bila agaknya mula merokok?”

Dengan pantas dia menjawab, “Umur lapan belas tahun sudah mula…”

Pakcik yang ketika diajukan soalan ini berumur 48 tahun. Jadi dia sudah merokok selama hampir 30 tahun. Besar kemungkinan tabiat ini akan diteruskannya sehingga akhir hayatnya. (Katakanlah sampai umurnya 58 tahun, jadi dia akan merokok selama 40 tahun…)

Mereka pun mula mengira.. satu hari dua kotak dengan harga RM3 sekotak, jadi satu hari= RM6. Satu bulan= RM6 X 30 = RM180. Katakanlah kita laburkan duit ini dengan pulangan 15 peratus setahun selama 40 tahun. Bayangkan betapa terkejutnya mereka mendapati hasil keseluruhan PEMBAZIRAN ini mencecah = RM4,148,400.69

1 kotak rokok - RM3 sekotak
1 hari 2 kotak - RM3 x 2 = RM6
1 bulan - RM6 x 30 hari = RM180
Jumlah tahun merokok - 40 tahun
Jika laburkan duit dengan pulangan 15% - PEMBAZIRAN mencecah RM 4,148,400.69

Naik seram sejuk dibuatnya serta terkebil-kebil pakcik tadi & satu dewan seminar senyap sunyi seketika apabila melihat jumlahnya. Ini merupakan perkiraan dengan menggunakan ‘financial calculator’ sahaja, jadi jumlahnya adalah benar! Siapa kata orang Melayu tak boleh jadi jutawan.

Contoh perkiraan diatas adalah berdasarkan harga rokok yang termurah (mengikut kata pakcik tulah). Jadi bayangkan kalau saya ambil contoh harga rokok yang biasa dibandar raya ini?

Jangan Bazirkan Masa Lagi
Nasi sudah menjadi bubur. Apa yang telah berlaku tidak mungkin anda ‘rewind’ jadi yang pasti masa depan masih dalam pilihan anda. Jika umur anda sekarang 28 tahun, katakanlah umur anda panjang sampai umur 58 tahun, masih ada 30 tahun lagi untuk anda harungi. Jangan Bazirkan lagi.

Jika anda mulai untuk berjimat RM180 sebulan selama 30 tahun dan melabur dalam instrumen kewangan yang memberi pulangan 15 peratus setahun, anda masih layak digelar JUTAWAN dengan tabungan sebanyak RM1,013,718.67. Apa pula hendak dibuat dengan duit sebanyak itu apabila berumur 58 tahun? Jangan lupa pelaburan anda untuk akhirat iaitu ‘ukhrawi portfolio’.

Bayangkan berapa banyak ‘kredit’ yang dijanjikan Allah SWT melalui firmannya ayat 261 Surah Al-BAqarah:
“Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan hartanya dijalan Allah, (adalah ) seperti satu biji (benih) yang menumbuhkan tujuh tangkai; tiap-tiap satu tangkai ada seratus biji; dan Allah akan mengganda (pahala) kepada siapa yang Ia kehendaki; dan Allah itu Luas (pemberiannya), Amat Mengetahui.”

Dari segi kiraan matematiknya ialah 70,000 peratus! Subhanallah-sangat besar ganjarannya! Pada akhir ayat tersebut, diterjemahkan:”….dan Allah akan mengganda (pahala) kepada sesiapa yang Ia kehendaki; dan Allah itu Luas (pemberiannya), Amat Mengetahui.” Jadi didak cukup dengan 70,000 peratus, akan ditambahkan lagi! Apa yang ditunggu lagi? Hijrahlah daripada tabiat buruk itu dan perkukuhkan lagi taraf ekonomi keluarga.

Akhir kalam, pakcik itu bernekad untuk berhentikan tabiat merokok dan kami mendoakan dia berjaya dan sentiasa di bawah lembayung rahmat Allah SWT.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...