Friday, December 21, 2012

Kerjaya Perunding Unit Amanah

Wednesday, October 31, 2012

Ganda Kekayaan Dengan Bersedekah


                                                                                  

Salah satu hikmah yang saya belajar akhir-akhir ni ialah, kalau nak Allah gandakan rezeki, perbanyakkan sedekah. Allah akan ganti 10 KALI GANDA. Ada satu hari tu, saya nak test power untuk kuatkan keyakinan saya tentang janji Allah. Ada seorang student belajar Mesir dalam kesempitan. So, saya sedekahkan RM50, keluarkan dari tabung infaq bisnes kami. Seminggu lepas tu, Allah ganti balik dengan 3 urusniaga yang untungnya sekitar RM1,100! 20 KALI GANDA! Alhamdulillah...

Kami untung bersih sekitar RM1,000 sebab setiap hasil untung bisnes, kami akan potong 12.5%. 10% kami kembalikan ke tabung infaq, 2.5% kami masukkan ke tabung zakat.

Bersedekah Dulu, Baru Datang "Kaya"


Nasihat saya pada semua sahabat, kalau rasa sempit, perbanyakkanlah sedekah. Masa saya sempit dulu, saya pun lokek bersedekah sebab saya rasa untuk diri sendiri pun tak cukup, macam mana nak keluarkan sedekah? Tapi sampai satu masa, saya fikir sampai bila nak lokek macam ni. Then, saya start sedekah sikit-sikit. Mulakan masukkkan duit dalam tabung masjid RM1 seminggu. Lama-lama, sedekah tu makin hari makin bertambah sampai ianya dah jadi habit.

Pesan Chef Li, kalau ada orang mintak sedekah, bagi jer walaupun seringgit. Tak banyak tak apa, asalkan berterusan kata Nabi. Samada mereka betul-betul susah ataupun ‘sindiket’ itu bukan kerja kita. Kalau bagi dengan ikhlas, Tuhan pasti akan balas, insyaAllah.

Rezeki Lebih Lapang Bila Bersedekah

Start dari situ lah, saya perasan rezeki kami makin hari makin lapang, alhamdulillah... Dulu, nak dapat EXTRA income RM10 sebulan pun punyalah payah. Tapi sekarang, setakat RM1,000 sebulan tu biasa jer. Pendek kata, sambil ‘main-main’ pun boleh dapat, alhamdulillah.

Dan memang macam tu lah yang saya perhati. Ada seorang sahabat saya yang kerjanya biasa jer, tapi dia memang suka belanja kawan. Kalau keluar minum-minum, memang tak pernah sempat saya bayarkan. Mesti dia jer yang bayarkan dulu. Dan saya tengok hidup dia senang jer dan boleh dikatakan tak ada apa-apa masalah kewangan walaupun kerja taklah seberapa.

Memang benarlah janji Tuhan. Barang siapa yang keluarkan infaq, PASTI Dia akan ganti balik dengan nilai yang berkali-kali ganda banyaknya.

Wallahu a’lam.

    “Barang siapa membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalnya” [Al-An’aam 6:160]

     “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui” [Al-Baqarah 2:261]


Kesimpulan:

    Kena bersedekah dulu baru Allah bagi kaya, bukannya kaya dulu baru nak bersedekah. Biasakan diri bersedekah sebelum Allah bagi kaya sebab takut bila dah kaya kita jadi kedekut untuk bersedekah. Nauzubillah.
    Hikmah bersekah bukan sekadar menggandakan kekayaan, tetapi ia penghapus dosa, membersihkan harta, menghindarkan bala, menyembuhkan penyakit dan mengundang pertolongan daripada Allah.








Sumber: http://www.mohdzulkifli.com

7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang!

Sejak tahun 2003 lagi saya azam nak bebas daripada segala hutang. Masa tu, kami terbeban dengan 5 hutang iaitu PTPTN saya, PTPTN isteri saya, Study Loan Yayasan Johor saya, Computer Loan, dan Car Loan. Lepas berhempas pulas selama 4 tahun, alhamdulillah, 4 Januari 2007 kami bebas dari segala hutang! Sejak hari tu, tak ada lagi hutang berbaki walaupun satu sen. Dan kami suami isteri kekal sebagai orang yang bebas hutang hingga ke saat saya menulis artikel ni.

Ada juga kawan yang mintak saya kongsikan cara untuk bebas hutang, tapi saya bukanlah orang layak untuk ajar cara bebas hutang. Cuma sekadar berkongsi tu, insyaAllah. Langkah pertama, saya boleh cadangkan sahabat semua baca buku Petunjuk Jalan Kekayaan, tulisan Chef Li. Buku tu banyak bagi motivasi dan membuatkan saya insaf untuk jauhkan diri dari hutang. Lepas menyelami betapa susah hatinya Chef Li masa dikelilingi hutang, saya sendiri pun rasa fobia dengan hutang.

4 Prinsip Asas Kewangan Peribadi

Bila dah betul-betul ada kesedaran dan semangat bebas dari segala hutang, mungkin sahabat semua boleh pakai PRINSIP KEWANGAN yang saya amalkan ni.

  •     Prinsip #1: Beli secara tunai. Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah dsb. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu.

  •     Prinsip #2: Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan. Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Persona jer lah dulu. Buang lah dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya.

  •     Prinsip #3: Mulakan tabiat menyimpan. Sikit tak apa, asalkan simpan. Saya dulu pun mula menyimpan RM20 jer sebulan. Buat potongan gaji ke akaun Tabung Haji. Setiap kali naik gaji, saya akan tambah potongan gaji ke Tabung Haji. Kalau tak mampu simpan RM20 sebulan, simpan la RM2 sehari, masuk dalam tabung khas. Nanti hujung bulan masukkan RM2 sehari (RM60 sebulan) tu ke akaun bank.

  •     Prinsip #4: Bina pendapatan kedua. Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim 'bisnes'. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%!

    Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang perlu ada second income.

Itu jer lah rahsianya. Cari sampai hujung dunia sekalipun, inilah rahsianya. Beza antara orang berjaya dengan orang biasa-biasa ialah mereka TAKE ACTION!

Orang Bujang, Suami Isteri Bekerja, Lagi La Mudah

Kalau orang macam saya boleh menyimpan dan bebas dari segala hutang, saya rasa orang bujang sepatutnya lagi senang nak bebas hutang. Betul tak? Susu pampers anak-anak tak kena beli, duit hantar anak sekolah pun tak ada, pakaian anak-anak yang mahal-mahal tu pun tak perlu risau. Cuma fikir diri sendiri dan kebajikan mak bapak jer...

Kalau orang macam saya yang isteri tak bekerja pun boleh, orang yang dua-dua suami isteri bekerja sepatutnya lagi lah mudah untuk bebas hutang! Betul tak?

Ok, sampailah masanya untuk saya dedahkan strategi yang saya pakai untuk bebas hutang dalam masa 4 tahaun.

7 Strategi Bebas Hutang Dalam Masa 4 Tahun

Ini prinsip-prinsip yang saya gunakan untuk langsaikan semua hutang dalam masa singkat:

  •     Strategi #1: Jangan buat hutang lagi. Selagi kita boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul duit dulu.

  •     Strategi #2: Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu. Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% - 5% setahun). So, cuba list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu. Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya! Baca artikel “Hutang Berkat, Hutang Mudarat” untuk fahami topik ni.

  •     Strategi #3: Buka Dana “Full-settlement Hutang”. Dana ni penting sebab kita dapat jimat banyak dengan cara full-settlement berbanding dengan tambah nilai installment bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai pokok jer, installment bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai pokok + interest! Antara sebab saya suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest. Tak bazirkan duit bayar interest!

  •     Strategi #4: Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu. Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan sebahagian besar duit bonus untuk bayar hutang! Memang tak merasa sangat duit bonus masa tu. Kena mujahadah la sikit.

  •     Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang. Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang. Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So saya masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

  •     Strategi #6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang. Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi. Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!

  •     Strategi #7: Bayar hutang secara automatik! Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.

Tip terakhir, baca banyak buku-buku kewangan. Buku seperti “Jutawan Dari Planet Jupiter” (Azizi Ali), “Nota Jutawan, Nota Kewangan” (Irfan Khairi) tu wajib baca. Mana-mana buku yang saya baca, mereka akan cakap benda dan tip yang sama dengan apa yang saya kongsikan ni. Bezanya cuma samada kita AMAL ataupun tidak. Itu jer.

Moga tips ringkas ni dapat bantu sahabat semua untuk jadi G.O.O.D person. Iaitu “Get Out Of Debt” kata rakan saya, David Lee (Certified Financial Planner)...

Wallahu a'lam.



Sumber : http://www.mohdzulkifli.com

Monday, October 29, 2012

Orang Berniaga Paling Banyak Menyimpan

Tadi saya terbaca Majalah Niaga Edisi 17. Tertarik dengan temuramah bersama Chef Li (Dato' Dr. Rusly Abdullah), Jutawan Senyap. Beliau menyentuh tentang simpanan.



                                                                                     
      

Mana-mana jutawan, semuanya bercakap tentang menyimpan dan disiplin dalam menyimpan duit. Azizi Ali, Irfan Khairi, Chef Li, semuanya menekankan tentang simpanan. Kekayaan bukan berapa banyak duit yang kita dapat, tapi berapa banyak yang kita simpan.

Kata Chef Li, "Sekiranya anda mempunyai RM1 juta, tetapi jumlah hutang pun bernilai RM1 juta, anda bukan digelar jutawan, tetapi kosongwan. Sekiranya anda mempunyai harta, tetapi tiada duit, anda digelar hartawan. Sekiranya anda tidak mempunyai harta, dan juga wang, itu dipanggil ketidaktahuan. Ertinya, ukuran jutawan dikira dengan jumlah wang yang anda simpan".

Di bawah ni saya senaraikan intipati temubual bersama Chef Li tentang simpanan:


  •     Untuk jadi jutawan dalam masa 5 tahun, kita kena menyimpan RM500 sehari, atau RM30,000 sebulan! Huh, mampu ker kalau sekadar makan gaji?
  •     Orang paling banyak dan kerap menyimpan adalah orang berniaga! Tak kira mereka berniaga apa. Walaupun mereka nampak lekeh, bisnes mereka nampak 3rd class,  tapi tahap kewangan sebenar mereka adalah 1st class! Simpanan mereka kebanyakkannya ratusan ribu ringgit. Simpanan dan perniagaan sangat berkait rapat. Itulah pemerhatian beliau sepanjang jadi pegawai bank.
  •     Kaum yang paling banyak menyimpan ialah (1) Cina, (2) India, (3) Pendatang - Indonesia, Bangladesh, Kemboja, (4) Melayu! Kenapa kaum lain lebih banyak menyimpan? Sebab kaum mereka lebih ramai berniaga.
  •     Orang berniaga berpeluang menyimpan setiap hari, tapi orang makan gaji cuma sebulan sekali. Itulah sebabnya orang berniaga lebih kaya dari makan gaji. [Statistik menunjukkan 74% jutawan lahir dari kalangan orang berniaga]
  •     Simpanan paling penting ialah simpanan untuk dilupakan (forgotten saving). Kalau sentiasa ingat-ingat dengan simpanan yang ada, ia tak akan menjadi. Banyak benda nanti yang terkait bila kita ingat dengan simpanan e.g. nak beli itu dan ini, nak masuk skim sana sini dsb.

Moga ianya bermanfaat, insyaAllah.







Sumber : http://www.mohdzulkifli.com

Saturday, October 27, 2012

Tip belanja berhemat, elak jadi hamba duit

Tabiat berbelanja melebihi pendapatan dipercayai menjadi faktor anak muda di negara ini terjerat dengan krisis kewangan seperti yang dilaporkan akhbar ini, minggu lalu.
  
                                                                               

Situasi ini jika tidak ditangani, pasti memberi kesan buruk kepada tabungan negara. Selain itu, mungkin timbul keadaan di mana majoriti golongan dewasa berdepan masalah kewangan kronik apabila anak muda hari ini meningkat usianya dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang jika beban hutang yang ditanggung hari ini tidak dilangsai sepenuhnya.

Sebenarnya, prinsip pengurusan kewangan bukanlah sesuatu yang sukar untuk dipraktikkan jika anak muda mahu berubah sikap dan lebih berdisiplin ketika berbelanja. Bagi mereka yang mempunyai maklumat asas mengenai perancangan kewangan pasti tidak sukar melakukannya. Anak muda yang tidak arif pula, usahlah malas membaca dan membuat kaji selidik bagi mencari penyelesaian terhadap beban kewangan.

Sebagai panduan dan inisiatif sisipan XY – Ikon Lelaki mengatasi kemelut kewangan anak muda, kami berkongsi berkongsi beberapa konsep asas pengurusan kewangan untuk dipraktikkan oleh golongan muda seperti yang disyorkan Smart Consumer, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

1. Tentukan matlamat kewangan

Tentukan matlamat dalam menguruskan kewangan yang seakan-akan sama konsepnya seperti zaman zaman belajar dulu. Dalam konteks mengurus kewangan, kita harus tahu matlamat kewangan kita dan ke mana kita ingin menggunakannya.
Sebagai contoh, mungkin ada antara kita yang bermatlamat menyambung pelajaran, membeli rumah, berkahwin, perbelanjaan rumah tangga, pendidikan anak-anak dan perbelanjaan sewaktu persaraan.

Apabila kita sudah menentukan matlamat kewangan sekali gus sudah pasti aliran kewangan, kita akan menjadi lebih teratur dan terancang. Kita juga perlu mengetahui jangka masa untuk kita mencapai matlamat itu.

2. Awasi tabiat berbelanja

Jika kita merasakan setiap akhir bulan kita gagal untuk menyimpan duit, inilah masanya untuk kita memantau dan mengawasi perbelanjaan semasa. Apa yang penting, kita perlu menyemak semula ke manakah kewangan dihabiskan atau dibelanjakan.

Hayati apakah ketika berbelanja, diri lebih cenderung ke arah keperluan atau kehendak semata-mata. Jika berdasarkan kehendak semata-mata dan seterusnya menyebabkan kita gagal untuk menyimpan, tabiat itu haruslah segera diubah.

3. Tulis rancangan atau pelan perbelanjaan

Cuba tanya diri kita selama ini, pernahkah kita melakukan pelan perbelanjaan sebelum berbelanja? Ramai di antara kita apabila terima saja duit gaji, perkara pertama yang difikirkan adalah untuk membayar hutang atau liabiliti yang ada.

Apabila nampak saja duit lebih, ia terus digunakan untuk berbelanja sepuas-puasnya hingga lupa melakukan simpanan. Ini biasa terjadi kepada golongan muda yang baru melangkah ke alam pekerjaan. Bagi mengelak perkara ini dari terus terjadi, kita perlu menulis dan merancang perjalanan perbelanjaan. Apabila kita menerima duit gaji atau pendapatan bulanan, kita perlu menulis setiap butiran perbelanjaannya.

4. Simpan sebelum belanja

Konsep perbelanjaan yang betul dan sepatutnya adalah:
Pendapatan – Simpanan = Hutang + Perbelanjaan bukan Pendapatan – (Hutang + Perbelanjaan) = Simpanan

Setiap kali mendapat gaji bulanan, apa yang perlu diutamakan dulu ialah membuat simpanan kemudian barulah digunakan untuk tujuan pembayaran hutang dan perbelanjaan.

Namun, sering kali ramai golongan muda apabila menerima saja duit gaji, ia terus digunakan untuk membayar hutang dan berbelanja sehingga simpanan dilupakan atau simpanan dilakukan apabila mempunyai lebihan wang.

5. Perbelanjaan isi rumah

Jika kebiasaan berbelanja RM4 sehari untuk snek dan air bersamaan RM80 sebulan. Belian secara borong mungkin hanya bersamaan RM30 saja. Maka rancang perbelanjaan anda dan tidak salah sekiranya membeli secara borong.

6. Kad Kredit

Sebaik-baiknya guna wang tunai untuk mengelak terlebih belanja (overspent). Jika ingin digunakan juga, selesaikan pembayaran dalam masa 20 hari iaitu waktu bebas faedah (interest free period). Sekiranya anda mempunyai simpanan seperti simpanan tetap yang memberikan faedah tahunan lebih rendah berbanding kad kredit, lebih baik keluarkan simpanan untuk menyelesaikan hutang.

7. Fikirkanlah masa depan

Seterusnya, jika kita merasakan ilmu pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan tidaklah penting, ternyata anda bakal melakukan kesilapan besar.

Pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan adalah perkara yang harus di lakukan oleh setiap orang. Setiap perkara memerlukan pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan yang teliti kerana jika tanpa kedua-duanya ini, sudah pasti kita tidak akan mengetahui tujuan kewangan kita.

Anak muda cetek ilmu guna wang

MENURUT Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che Din, golongan muda banyak terjerumus ke kancah pinjaman kewangan dan hutang disebabkan kurangnya pengetahuan mengenai pengurusan kewangan yang betul.

Dr Mohd Fadzil berkata, golongan muda terutama mereka yang baru memasuki alam pekerjaan mempunyai keinginan yang tinggi tetapi tidak mengetahui asas yang penting dalam pengurusan kewangan sehingga menjerut mereka ke kancah hutang.

"Apa yang membimbangkan adalah mereka gemar menggunakan kad kredit kerana mungkin pada pendapat mereka menggunakan kad kredit adalah jalan mudah untuk membeli sesuatu. Ini kerana duit gaji bulanan telah habis maka kad kredit adalah pilihan kedua mereka.

"Ini salah sama sekali… Seharusnya mereka perlu bijak berbelanja dan jangan menjerat diri untuk menambah hutang. Setiap yang dikeluarkan perlu dibayar semula dan pembayaran itu melebihi jumlah sebenar, bukan menyenangkan tapi merugikan," katanya kepada XY-Ikon Lelaki.

Dr Fadzil menyatakan, golongan muda perlu mengetahui konsep pengurusan kewangan yang betul dan sedari alam persekolahan lagi mereka perlu dipupuk dengan konsep perbelanjaan berhemah.

"Jika tidak tahu bertanya, banyak cara untuk kita merancang kewangan dengan lebih baik. Penting sebagai ingatan seharusnya apabila menjejakkan kaki ke alam pekerjaan kita sudah tahu cara menguruskan kewangan. Sikap ini perlu ada dalam diri setiap golongan muda terutamanya," katanya.

Apa kata mereka

BAGI Suraiya Ilyas, 25, ketika mula bekerja, beliau tidak langsung memikirkan soal pengurusan kewangan secara berhemah. Malah, Suraiya banyak menghabiskan gaji bulanan dengan membeli barangan bukan keperluan utama.

"Dulu saya tidak menyimpan dan gaji bulanan banyak habis dengan membeli baju dan digunakan untuk makan bersama rakan-rakan. Saya langsung tidak menyimpan walaupun untuk simpanan hari tua.

"Namun, setelah melihat rakan saya berjaya dalam menguruskan kewangan dan mampu menyimpan lebih dari keperluan, saya mula membuka mata dan mengetahui kepentingan pengurusan kewangan," katanya.

Kini, Suraiya boleh menyimpan untuk simpanan hari tua, memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan selebihnya digunakan untuk kepentingan peribadi.

Senarai Perbelanjaan Bulanan Mengikut Keutamaan Suraiya

1. Menyimpan dalam Amanah Saham Bumiputra (ASB).
2. Melabur dalam perlindungan diri dan keluarga (insuran).
3. Menyimpan dengan Tabung Haji.
4. Membayar pinjaman kereta dan pendidikan.
5. Digunakan untuk kepentingan peribadi.

JEJAKA ini pula, Aminur Firdaus, 26, walaupun terpaksa bekerja keras namun pulangan yang diperoleh setiap bulan digunakan sebaiknya. Ini kerana beliau banyak menggunakan gaji bulanan untuk membantu adik beradiknya.

"Saya anak sulung dan menjadi tanggung jawab saya untuk membantu adik beradik saya dalam meneruskan kehidupan. Itu keutamaan saya sebelum saya menggunakannya untuk kepentingan diri saya.

"Saya jarang membeli keperluan seperti baju dan sebagainya. Tetapi jika saya mula membeli saya akan borong semuanya. Itu yang selalu saya lakukan selama ini. Pada saya, lebih jimat kerana saya akan membeli jika ada promosi dan jualan murah," katanya.

Senarai Perbelanjaan Bulanan Mengikut Keutamaan Aminur

1. Membantu memberikan duit poket kepada adik beradik.
2. Membantu membayar segala bil dan keperluan isi rumah.
3. Menyimpan untuk pelaburan hari tua.
4. Pelaburan dalam perlindungan diri dan keluarga (insuran).
5. Menggunakan lebihan untuk kepentingan diri sendiri.

Oleh Alzahrin Alias



Thursday, October 25, 2012

Kata - Kata Hikmah

Kata-kata hikmah ini merupakan koleksi kata-kata mutiara indah yang sesuai dijadikan motivasi dan pengisian jiwa.

Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.

Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.

Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.

Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.

Sebelum mencela pasangan hidupmu, bayangkan mereka yang masih menghiba untuk dikurnia jodoh.

Kata-kata Hikmah Pujangga
Kata-kata Hikmah Pujangga

Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya

Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.


Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.

Nabi Muhammad pernah berkata, (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)
Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.

Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya.

Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya

Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap

Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.

Sayidina Ali menyatakan “Kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qona’ah (puas). Kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah budi pekerja yang mulia”.

Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.

Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan

Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).

Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home)

Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.

"Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)

"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)

Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.

Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz)

Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.

Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.

Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.

Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)

Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."

Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.

Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)

Kekitaan yang erat tiada yang berat.

Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.

Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati

Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.

Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.

Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.

Wednesday, July 11, 2012

Simpanan dan pelaburan

Selain daripada simpanan, satu lagi cara yang boleh membantu untuk meningkatkan jumlah nilai wang ialah pelaburan. Dalam simpanan, anda akan mendapat semula wang simpanan yang dicampur dengan faedah. Tetapi dalam pelaburan, anda mungkin atau mungkin tidak mendapat semula jumlah yang dilaburkan atau anda mungkin mendapat lebih daripada jumlah awal pelaburan. Risiko pelaburan adalah lebih tinggi daripada simpanan tetapi pada masa yang sama, anda mempunyai potensi untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi.
Merancang pelaburan anda
  1. Mengetahui tujuan pelaburan anda
    • Sebelum anda melabur, anda perlu tahu tujuan pelaburan anda. Tujuan / matlamat anda mungkin ialah untuk:
      1. Membeli kereta
      2. Membeli rumah
      3. Menghantar anak-anak anda untuk pengajian tinggi
      4. Pergi bercuti
      5. Merancang persaraan yang selesa untuk masa depan
  2. Tahu isu utama yang perlu diambil kira apabila melabur
    • jumlah wang yang perlu dilaburkan
    • tempoh pelaburan anda
    • memahami risiko yang terbabit dan tahu tahap kerugian yang anda boleh tanggung
    • ganjaran yang anda berharap daripada pelaburan anda
    • pengorbanan yang anda sanggup lakukan
    • memahami produk yang anda hendak labur
    • merancang pelaburan yang sesuai dengan portfolio keseluruhan anda
    • membandingkan pulangan bagi pelaburan lain yang sama
    • memantau prestasi pelaburan anda secara berterusan berbanding dengan keperluan anda yang berubah-ubah
    • mempunyai fleksibiliti untuk mencairkan pelaburan yang berkenaan ketika anda terdesak
  3. Tahu strategi dan konsep melabur
    • Pempelbagaian
      • jenis pelaburan yang berbeza terdedah kepada tahap risiko yang berbeza dan dengan pempelbagaian, kerugian dalam sesetengah pelaburan boleh diimbangi oleh perolehan pelaburan lain
      • pempelbagaian dapat meminimumkan risiko dan melindungi anda daripada volatiliti dalam sesuatu kelas aset atau industri
    • Nilai masa wang
      • lebih awal anda melabur, lebih besar pulangan atas nilai wang anda
      • ini disebabkan oleh prinsip faedah kompaun di mana anda memperoleh faedah atas pelaburan asal anda dan atas faedah yang telah anda peroleh daripada pelaburan anda
    • Impak inflasi dan cukai
      • inflasi menyusutkan wang nilai; wang yang anda punyai pada hari ini berkemungkinan tidak lagi mempunyai nilai yang akan membolehkan anda membeli jumlah barangan yang sama pada masa hadapan
      • walaupun anda memperoleh pulangan daripada pelaburan, nilai sebenar pelaburan anda mungkin berkurangan disebabkan oleh kesan inflasi
      • matlamat pelaburan adalah untuk menambah wang anda melebihi kadar inflasi
      • cukai juga akan mengurangkan pulangan pelaburan melainkan pelaburan anda mendapat pengecualian cukai
    • hubungan risiko dengan pulangan
      • pelaburan yang “lebih selamat” (seperti simpanan bon) bermaksud bahawa pelaburan asal anda kekal tetapi kadar pulangannya mungkin lebih rendah
      • pelaburan yang menjanjikan pulangan yang lebih tinggi (seperti dana amanah saham ekuiti atau saham) juga mempunyai risiko yang lebih tinggi
  4. Tahu pelaburan mana yang sesuai untuk anda
    • sebelum anda memilih sebarang produk pelaburan, adalah penting bagi anda memahami pelaburan tersebut terlebih dahulu
    • setiap asset adalah unik dan mempunyai profil risiko pulangan yang berbeza
Mendapatkan nasihat kewangan
Terdapat banyak pihak yang menawarkan nasihat kewangan seperti bank, remisier, perancang kewangan atau ejen insurans, bergantung kepada jenis instrument pelaburan yang terlibat. Walau bagaimanapun, pilih penasihat kewangan secara berhati-hati jika anda memerlukannya. Pastikan mereka berkelayakan dan berpengalaman. Tanyakan soalan dan pastikan anda faham isu dan prosedur yang terlibat. Dapatkan pandangan pihak kedua jika anda masih ragu.
Sumber Maklumat
  • Maklumat mengenai pelaburan boleh diperoleh daripada:
  • Laporan tahunan yang diterbitkan oleh syarikat
  • Surat khabar, jurnal dan majalah
  • Internet
  • Kursus
  • Seminar
Sebelum membuat sebarang pelaburan
  • Memahami pelaburan dan risiko yang terlibat
  • Jangan terburu-buru ketika membuat keputusan. Berhati-hati terhadap taktik penjualan agresif yang memaksa anda membuat keputusan dan bertindak segera.
  • Simpan semua rekod transaksi yang dilakukan
  • Berhati-hati dengan skim yang menjanjikan keuntungan cepat pada tahap risiko yang minima atau tanpa risiko
Sumber: Bank Negara Malaysia

Monday, July 9, 2012

Masa Yang Sesuai Untuk Membuat Pelaburan 

Lazimnya pelabur yang bijak menyimpan wang yang secukupnya untuk keperluan kecemasan dan selebihnya dilaburkan untuk memaksimumkan pulangan. Untuk menentukan pelaburan mana yang sesuai dengan anda, anda perlu menilai jumlah wang yang mampu anda laburkan berdasarkan keadaan semasa kehidupan anda.
Pilih Pelaburan yang Betul
  • Matlamat dan keperluan anda - Pelaburan anda bergantung kepada matlamat anda, sama ada untuk membeli rumah, menyediakan pembiayaan untuk pendidikan anak anda atau keperluan anuiti persaraan?  
  • Umur anda ketika melabur - Ini akan menentukan berapa banyak risiko yang anda boleh ambil. Contohnya, jika anda masih muda, anda boleh membuat pelaburan yang secara relatifnya lebih berisiko tinggi
  • Pendapatan anda ketika melabur - Jika anda berpendapatan lebih tinggi, maka anda akan mempunyai wang yang lebih untuk dilaburkan.Tahap kekayaan juga mempengaruhi jenis pelaburan yang anda boleh lakukan
  • Pekerjaan anda - Contohnya, jika terdapat pelan persaraan dalam pekerjaan anda, maka anda mungkin tidak perlu pelan persaraan lain.
  • Aset anda - Jenis aset yang anda milik memberi kesan terhadap tahap risiko yang anda hadapi. Simpanan dan deposit tetap mempunyai risiko yang paling minimum dan bon serta ekuiti mempunyai risiko yang lebih tinggi.
  • Jangka masa - Bilakah anda mahu menjual aset anda? Anda perlu memastikan tempoh matang aset yang anda pilih.
  • Kecairan - Keperluan anda terhadap wang di masa hadapan. Sekiranya anda perlu menggunakan wang dalam masa 2-3 bulan terdekat, anda mungkin perlu menyimpan wang anda di dalam deposit bank yang lebih mudah dicairkan berbanding bon dan unit amanah.
  • Kesediaan menghadapi risiko - Nilai toleransi anda terhadap risiko. Sejauh mana anda boleh menghadapi ketidaktentuan pasaran?
Strategi Peringkat Hidup
Strategi peringkat hidup merupakan strategi yang lazim digunakan dalam perancangan kewangan untuk pelaburan. Pendekatan ini adalah berdasarkan kepada tempoh tertentu yang dilalui pelabur dalam hidupnya. Jadual di bawah memperjelaskan strategi berbeza yang boleh dilaksanakan seorang pelabur pada peringkat berbeza dalam hidupnya

Tahun-tahun Awal
(Sehingga awal 30-an)
Tahun-tahun Pertengahan
(30-an hingga akhir 40-an)
Menjelang Persaraan
(lewat 40an sehingga persaraan)
Setelah Persaraan
(60+)
Matlamat anda
Tahap permulaan
Mengumpul dan melabur
Kukuhkan untuk masa hadapan
Pendapatan dan jaminan sara hidup
Peringkat jangka hayat pelaburan anda
Mengumpulkan dana kecemasan
Mula melabur
Tentukan matlamat kewangan jangka pendek
Menambah simpanan
Menetapkan strategi simpanan yang mantap
Memberi perhatian kepada matlamat kewangan jangka pendek, sederhana panjang.
Memaksimumkan pelaburan
Matlamat cenderung untuk beralih kepada jangka sederhana
Melabur untuk menjana pulangan yang cukup untuk perbelanjaan hidup
Memberi perhatian kepada matlamat jangka pendek dan sederhana
Pertimbangan anda
Bila dan bagaimana untuk mula menyimpan
Simpanan perlu cair untuk memenuhi keperluan jangka pendek
Komitmen keluarga (gadai janji, perbelanjaan pendidikan anak-anak)
Mengurus pelaburan yang ada untuk mendapatkan pulangan maksimum
Mempunyai pendapatan mencukupi untuk persaraan
Pulangan terhadap pelaburan yang cukup untuk mengekalkan standard kehidupan seperti sebelum persaraan.
Strategi pelaburan anda
Mula melabur secara tetap untuk keperluan jangka pendek dan persaraan
Pelaburan
Bahagian yang lebih besar untuk pelaburan pertumbuhan
Memastikan kepelbagaian tetapi menilai semula pengagihan aset dengan mengurangkan peratusan pelaburan berisiko tinggi
Terus melabur tetapi mengubah gabungan pengagihan aset kepada aset yang lebih konservatif

Lindungi Pelaburan Anda
Sekiranya anda ingin membuat sebarang pelaburan, perkara utama yang perlu anda lakukan ialah benar memahami sepenuhnya tentang pelaburan yang akan dibuat serta risiko yang terlibat, dan apabila anda berurusan dengan penasihat kewangan, pastikan mereka benar berkelayakan serta berpengalaman dan tidak terlibat dengan sebarang penipuan kewangan. Jangan terburu-buru dalam membuat sebarang keputusan dan pilihan berkaitan pelaburan tanpa perancangan yang teliti terlebih dahulu.
Berikut ialah amalan yang boleh anda gunapakai untuk membantu anda dalam mengurangkan risiko yang dihadapi: 
  • Jangan meminjam untuk melabur
  • Jangan melabur hanya untuk mendapatkan pulangan yang tinggi dan cepat (contohnya skim cepat kaya)
  • Jangan melabur dalam pelaburan berisiko tinggi kecuali anda sudah bersedia Jangan melabur berdasarkan 'hot tips' dan khabar angin
  • Dapatkan maklumat daripada sumber yang dipercayai, seperti laporan syarikat, media, kursus dan seminar
Sumber : bankinginfo

Friday, July 6, 2012

Bagaimana Plan Kewangan Kita untuk Mengerjakan Haji?

Berita ini sungguh mengharukan.

 

Jika kita ada duit membeli rokok, ada duit melanggan Astro maka tidak ada alasan untuk tidak menabung untuk menunaikan haji.

Astro: RM 50  x 12 bulan = RM 600.
Rokok: RM 50 x 12 bulan = RM 600.
RM 1,200 x 10 tahun = RM 12,000 dalam Tabung Haji.

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan, lagi-lagi kalau kemahuan itu adalah sesuatu yang mulia seperti menunaikan fardhu haji, pasti Allah mudahkan

Wednesday, July 4, 2012

 Petanda Masalah Kewangan

Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu ketika ini, ianya membuka ruang untuk kita memikirkan semula bebanan hutang yang perlu diuruskan. Tanpa perancangan dan pengurusan kewangan yang bijak pastinya memeningkan kepala.

PENGURUSAN KEWANGAN

Mendisiplinkan diri dalam segenap aspek perbelanjaan atau pengurusan kewangan adalah penting bagi mengelak daripada dibelenggu masalah kewangan.

Tidak cukup dengan masalah itu, kita dibebani pula dengan hutang keliling pinggang. Bayaran bulanan seperti pinjaman kereta, kad kredit dan rumah gagal dijelaskan mengikut waktu.

Jika berdepan masalah seperti itu ia adaah petanda anda memerlukan bantuan pakar perancangan bagi membantu menguruskan kewangan anda.

Adalah lebih baik jika mengetahui anda awal yang menunjukkan anda tidak mempunyai perancangan kewangan yang baik.

tips pengurusan kewangan

Jika anda mempunyai tanda seperti dijelaskan di bawah, anda perlu mendapatkan bantuan pakar bagi menguruskan kewangan anda.

1. Selalu bertengkar dengan pasangan berhubung soal wang.

Jika anda sering bertengkar dengan pasangan mengenai soal ketiadaan atau kekurangan wang, ini adalah satu tanda bahawa anda sedang menghadapi kesulitan kewangan. Jika masalah kewangan ini tidak ditangani dengan bijak, ia mungkin membawa kepada lain-lain masalah dalam rumah tangga termasuk perceraian.

2. Nisbah hutang lebih tinggi daripada pendapatan.

Peraturan wajib yang perlu diikuti adalah kita perlu mengehadkan semua tanggungjawab hutang kita hanya kepada kira-kira-kira satu pertiga daripada pendapatan atau gaji bersih yang diterima setiap bulan.

Gaji bersih bermakna selepas ditolak caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) cukai pendapatan, Perkeso dan sebagainya.

Ini bermakna jika gaji bersih sebulan adalah RM3,000 , maka pembayaran semula pinjaman kereta, rumah dan lain-lain pinjaman jika ada tidak boleh melebihi RM1,000 sebulan.

Ini bermakna mereka mempunyai kurang separuh daripada pendapatan yang boleh digunakan bagi perbelanjaan lain dan untuk perbelanjaan membesarkan anak-anak.

Bagaimana pula dengan perbelanjaan untuk tujuan lain seperti melancing, hiburan, makan di luar dan lain-lainnya? Kemungkinan besar bagi perbelanjaan untuk perkara berkenaan mereka terpaksa berhutang terutama dengan menggunakan kad kredit atau pinjaman peribadi atau kedua-duanya sekali.

3. Menggunakan had kad kredit sehingga maksimum.

Jika anda mendapati baki kad kredit anda semakin tinggi setiap bulan, ia adalah satu amaran bahaya. Jika perkara ini tidak diteliti, anda akan mencapai ke tahap maksimum kad kredit anda tidak lama lagi. Jika ini berlaku, kita akan mula mencari peluang untuk memohon kad kredit yang kedua dan ketiga yang seterusnya menyebabkan hutang kad kredit anda terus menggunung.

4. Hanya membayar bayaran minimum.

Satu lagi tanda yang menunjukkan anda menghadapi krisis kewangan adalah apabila hanya membayar sejumlah minimum kad kredit. Baki kad kredit itu selalunya akan menyebabkan anda dikenakan caj faedah 1.5 peratus sebulan atau 18 peratus setahun.

5. Selalu menangguhkan pembayaran bil bulanan boleh menyebabkan hutang makin tertunggak.

Membayar bil lewat akan menyebabkan anda dikenakan caj penalti dan sebagainya. Ini akan menambahkan lagi beban kewangan anda.

6. Terlalu banyak berhutang dengan saudara atau rakan.

Satu petanda yang menunjukkan anda tidak mempunyai disiplin kewangan adalah apabila sanggup meminjam daripada orang lain terutama kawan atau saudara-mara sendiri untuk membeli sesuatu barang yang sebelum ini akan membayar dengan tunai.

7. Tidak dapat tidur malam.

Ini adalah satu ujian untuk menunjukkan sama ada anda mengalami masalah kewangan atau tidak. Tanyakan diri sendiri adakah anda dapat tidur nyenyak setiap malam atau tidur terganggu kerana memikirkan hutang keliling pinggang.

8. Tidak dapat mengumpul wang secara sistematik biarpun mencuba bertahun-tahun

Sekiranya berjaya menyimpan, ada sahaja alasan menghabiskan wang.

Salah satu caranya adalah dengan berjumpa kaunselor kewangan atau mendapat khidmat nasihat daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Monday, July 2, 2012

Melabur Tanpa Rugi?

 

Jika anda berhasrat untuk melabur atau telahpun melabur dan anda berpendapat anda tidak mahu rugi dalam pelaburan anda, teruskan membaca artikel ini.

“Berapakah jumlah wang dan kerugian yang mampu saya tanggung?”

Ini adalah soalan yang perlu ditanya oleh setiap pelabur sebelum melabur. Mengapa? Ini adalah kerana keputusan untuk melabur membabitkan pengambilan risiko dan anda berkemungkinan kehilangan sebahagian atau kesemua wang yang anda laburkan.

Sebenarnya, produk pelaburan yang berbeza mempunyai tahap risiko yang berbeza. Hakikatnya mudah sahaja – lebih tinggi potensi ganjaran yang ditawarkan oleh sesuatu produk pelaburan, maka lebih tinggilah pula risikonya. Sebaliknya, jika risiko bagi sesuatu produk pelaburan itu rendah, maka ganjarannya juga rendah.

“Tetapi, bolehkah saya melabur tanpa mengalami sebarang kerugian? “

Jawapannya mudah – TIDAK Boleh. Ini kerana, apa pun yang anda lakukan dengan wang anda, anda tetap terdedah kepada risiko. Anda boleh menyimpan wang di bawah tilam tetapi risikonya ialah anda mungkin kehilangan wang itu jika berlalu kebakaran atau kecurian. Jika anda menyimpan wang dalam bank, kadar faedahnya mungkin tidak cukup tinggi untuk menampung kadar inflasi dan ini menyebabkan kuasa beli anda semakin berkurangan pada masa akan datang. Jika anda melaburkan wang dalam sesuatu produk pelaburan pula, anda berhadapan dengan pelbagai risiko pelaburan yang berkaitan dengan produk tersebut.

Menangani risiko pelaburan

Sebagai pelabur, anda tidak boleh menghapuskan terus risiko. Walau bagaimanapun, risiko pelaburan tidaklah seteruk mana sekiranya anda tahu menanganinya supaya risiko itu boleh membawa kebaikan kepada anda. Langkah pertama ialah menentukan berapa banyak risiko yang anda mampu hadapi. Membuat keputusan pelaburan berpandukan pelaburan yang telah dibuat oleh rakan-rakan atau saudara-mara bukanlah cara yang baik untuk menguruskan risiko. Ini kerana, setiap individu mempunyai kesediaan menghadapi tahap risiko yang berbeza. Ada yang bersedia mengalami kerugian yang lebih banyak berbanding anda. Untuk mengetahui berapa banyak risiko yang anda mampu hadapi, ikutilah petua mudah ini:

Jika anda tidur tak lena dan mandi tak basah selepas membeli sesuatu produk pelaburan maknanya pelaburan itu terlalu berisiko untuk anda.

Satu cara lagi untuk menangani risiko ialah melalui teknik “pempelbagaian” atau diversification. Ia bermaksud anda tidak seharusnya melaburkan semua wang anda dalam satu produk pelaburan sahaja. Anda perlu mempelbagaikan pilihan produk-produk pelaburan anda. Jika anda melaburkan semua wang dalam satu jenis pelaburan sahaja (contohnya saham), anda boleh kehilangan semua wang itu jika nilai saham itu jatuh. Bagi meminimumkan risiko pelaburan, sebaik-baiknya ialah dengan mempelbagaikan produk pelaburan anda iaitu dengan melaburkan duit anda dalam beberapa produk pelaburan, contohnya, dalam saham, deposit tetap, dana unit amanah atau hartanah.

Pempelbagaian bertujuan untuk mencampurkan pelaburan yang berisiko tinggi dengan pelaburan yang berisiko rendah supaya kerugian dalam sesuatu pelaburan yang tidak membawa keuntungan dapat ditampung oleh keuntungan daripada pelaburan yang lain. Katakan anda melabur dalam saham, unit amanah dan hartanah. Sekiranya pelaburan dalam saham anda mendatangkan kerugian, dengan pempelbagaian anda mungkin dapat menampung kerugian tadi dengan mengaut keuntungan daripada pelaburan unit amanah dan hartanah. Oleh itu, bukan sahaja anda dapat meminimumkan risiko pelaburan anda tetapi pada masa yang sama, anda juga dapat memaksimumkan purata pulangan daripada pelaburan tersebut.

Walau bagaimanapun, jangan pula mempelbagaikan pelaburan secara keterlaluan kerana melaburkan terlalu sedikit wang dalam sesuatu pelaburan boleh mengurangkan pulangan daripada pelaburan itu.

Menguji ketahanan anda terhadap risiko

Setiap orang mempunyai ketahanan yang berbeza terhadap risiko. Sesetengah pelabur tahan menghadapi risiko pelaburan yang tinggi, manakala sebahagian yang lain tidak mempunyai ketahanan yang sama. Ketahanan seseorang terhadap risiko mungkin berubah mengikut peringkat kehidupannya. Mereka yang bersedia mengambil risiko pelaburan yang tinggi ketika muda dan bujang, mungkin kurang bersedia menghadapi risiko yang sama setelah berusia dan mempunyai keluarga. Bagi menentukan ketahanan anda terhadap risiko, tanya diri anda sendiri beberapa soalan mudah yang berikut:

Siapakah anda?

a) Saya dalam pertengahan umur dan hampir bersara

b) Saya masih muda dan perjalanan hidup saya masih jauh


Berapa banyak wang simpanan yang anda ada?

a) Pendapatan saya hanya cuma cukup untuk membayar bil dan tinggal sedikit baki untuk disimpan

b) Saya mempunyai sejumlah wang yang agak banyak untuk disimpan setiap bulan


Apakah komitmen kewangan yang anda ada?

a) Saya mempunyai senarai komitmen yang panjang

b) Saya tidak mempunyai banyak komitmen


Berapa lama anda boleh membiarkan sesuatu pelaburan?

a) Saya boleh menunggu asalkan pelaburan itu memberikan keuntungan yang baik dan berterusan

b) Saya mahu mendapat keuntungan secepat mungkin


Apakah yang anda harapkan apabila anda berhenti melabur?

a) Saya mahu sekurang-kurangnya jumlah yang sama yang telah saya laburkan

b) Saya mahu keuntungan sebanyak mana yang boleh

Jika kebanyakan jawapan anda ialah A, pelaburan yang berisiko tinggi mungkin tidak sesuai untuk anda. Anda lebih sesuai melabur dalam produk yang boleh memberikan pulangan yang munasabah dan berterusan, dan pada masa yang sama, memelihara modal asal anda.

Jika kebanyakan jawapan anda ialah B, anda mungkin boleh menghadapi pelaburan yang berisiko tinggi. Walau bagaimanapun, keupayaan menangani risiko sahaja tidak mencukupi. Anda juga perlu sentiasa meningkatkan pengetahuan mengenai pelaburan dan mengawasi pelaburan anda. Elakkan diri daripada terperangkap dalam usaha untuk mendapat keuntungan cepat tanpa mengetahui risiko yang bakal dihadapi!



(Artikel ini dipeti dari Pelabur Malaysia)


Monday, June 25, 2012

Ciri-ciri Pelabur Berjaya

Pakar-pakar pelaburan yang hebat sentiasa mendapat perhatian kerana pelbagai kisah kejayaan dan sesiapa sahaja yang berminat untuk melabur pasti ingin mengetahui rahsia di sebalik kejayaan mereka. Apabila menghadiri seminar-seminar dan membaca buku-buku mereka yang berjaya ini, kita akan mendapati bahawa terdapat pelbagai cara untuk berjaya, tetapi pada masa yang sama, kita boleh melihat terdapat persamaan antara cara-cara tersebut. Pada akhir artikel ini, anda akan dapat mengenal pasti beberapa ciri yang biasanya dimiliki oleh pakar-pakar pelaburan seperti Benjamin Graham, Warren Buffett, Philip A. Fisher, Peter Lynch, John Templeton dan John Neff.


Elakkan meramal pasaran

Melainkan dilahirkan dengan kebolehan meramal masa depan, biasanya anda akan dapati meramal pasaran memberikan kesan yang negatif. Hampir semua pakar pelaburan menyarankan bahawa anda tidak akan berjaya sekiranya mengatur strategi pembelian atau jualan dengan cubaan untuk meramal pergerakan harga pasaran di masa depan.
Terlalu banyak faktor yang mempengaruhi pasaran saham sehingga agak mustahil untuk sesiapa sahaja mengetahui dengan jelas arah jangka pendek atau waktu perubahan pergerakan pasaran. Banyak juga pakar-pakar yang menawarkan pelbagai model yang dibantu dengan komputer yang dikatakan dapat meramal pasaran dengan tepat. Namun, walau bagaimana canggih sekalipun model tersebut, ianya tidak pernah mampu mengambil kira faktor yang paling utama iaitu manusia atau pelabur itu sendiri. Biasanya manusia bertindak balas secara tidak rasional terhadap pergerakan pasaran dan menyumbang kepada keadaan pasaran yang tidak dapat diduga. Setiap pelabur akan dipengaruhi oleh ciri dan keadaan masing-masing dan tindakan mereka berbeza antara satu sama lain, lantas menjadikan usaha menafsir perilaku manusia hampir mustahil.
Pakar-pakar pelaburan menasihatkan pelabur agar mengabaikan pergerakan saham harian dan menumpukan perhatian kepada perkara yang lebih penting, iaitu potensi jangka panjang saham yang dimiliki. Pelabur tidak digalakkan untuk mengikut naik turun pasaran melainkan saham yang dimiliki menghadapi masalah yang serius. Kebanyakan pakar-pakar pelaburan hanya akan menjual saham-saham mereka atas sebab-sebab yang kukuh. Warren Buffett pernah berkata, setelah membeli saham, beliau tidak peduli sekiranya pasaran ditutup sepenuhnya selama sepuluh tahun kerana yakin dengan nilai saham tersebut sehingga beliau tidak perlukan pasaran untuk mengesahkannya.

Berani bertindak di luar kebiasaan

Sesetengah pakar pelaburan lebih gemar kepada saham nilai, ada pula yang lebih sukakan saham pertumbuhan dan ada juga yang memilih kedua-duanya sekali. Tidak kira bagaimana strategi pelaburan mereka, kesemuanya mempunyai ciri-ciri yang sama. Mereka tidak takut untuk bertindak di luar kebiasaan. Menjadi lumrah manusia untuk lari menyelamatkan diri apabila menghadapi bahaya dan apabila terdengar sahaja berita buruk, kebanyakan pelabur akan menjual saham kerana takut harga turun. Apabila pasaran kembali rancak, mereka akan masuk ke pasaran semula dalam usaha untuk mengaut keuntungan seperti orang lain, walaupun paras harga ketika itu mungkin agak tinggi daripada biasa.
“Untuk membeli ketika orang lain menjual dan menjual ketika orang lain membeli memerlukan ketabahan dan keberanian, dan memberikan pulangan yang tertinggi.”- Sir John Templeton, Bekas Ketua Pengurusan Pelaburan Templeton

Tindakan sebegini biasanya menyebabkan pelabur mengambil langkah ‘beli tinggi, jual rendah’ (buy high, sell low) dan bukan ‘beli rendah, jual tinggi’ (buy low, sell high) yang menyebabkan pelaburan mereka rugi dan tidak untung. Bertentangan dengan tindakan pelabur biasa, kebanyakan pakar pelaburan mengatakan bahawa masa yang paling sesuai untuk mencari saham dengan harga terbaik adalah ketika semua orang melarikan diri daripada pasaran. Ketika inilah pelabur menemui ‘lubuk emas’ di pasaran.
Seperti yang dikatakan oleh Sir John Templeton, Bekas Ketua Pengurusan Pelaburan Templeton, ‘jika anda membeli saham yang sama seperti orang lain, anda akan mendapat keputusan yang sama seperti orang lain... Untuk membeli ketika orang lain menjual dan menjual ketika orang lain membeli memerlukan ketabahan dan keberanian, dan memberikan pulangan yang tertinggi.’

Ketahui setiap butiran

Semua pelabur berjaya memiliki satu ciri yang sama: mereka mendalami selok-belok pelaburan. Mereka mungkin mempunyai cara yang berbeza untuk menganalisa maklumat; namun, mereka hanya akan melabur selepas melakukan kaji selidik yang terperinci. Mereka semua akan melakukan analisis kewangan yang lengkap sebelum membeli sebarang jenis saham. Jelas sekali mereka tidak akan masuk ke dalam pasaran semata-mata kerana rakan-rakan mereka melakukan perkara yang sama.
Semua perkara di atas adalah asas-asas pelaburan yang mungkin anda sudah tahu. Walau bagaimanapun, mengetahui dan mengamalkan adalah dua perkara yang berbeza. Dalam usaha untuk berjaya, kita mesti menetapkan prinsip pelaburan untuk diri sendiri dan berdisiplin untuk mematuhinya.

Artikel ini dipetik dari http://www.min.com.my/

Friday, June 22, 2012

7 Kesilapan Lazim Dalam Menguruskan Wang





“Saya telah bekerja selama 20 tahun tetapi sehingga kini wang simpanan saya hanya sedikit sahaja. Kadangkala, saya tertanya-tanya kemanakah perginya wang saya?”

Puan Chong, Eksekutif

=====================================================

Pernahkah anda mendengar keluhan sebegini? Jika anda bertanya orang di sekeliling anda, besar kemungkinan anda akan berjumpa sekurang-kurangnya seorang yang sependapat dengan Puan Chong.

Jika anda bercadang mengukuhkan kedudukan kewangan, anda mesti mengenalpasti terlebih dahulu kesilapan pengurusan kewangan yang lazim dilakukan agar anda dapat belajar daripadanya.


Kesilapan #1: Gagal Merancang

Jika anda bertanya kepada orang disekeliling anda, pasti anda akan dapati ramai diantara kita yang tidak merancang kewangan. Alasan yang selalu diberikan ialah “Saya sibuk dengan kerja dan keluarga hingga tidak sempat untuk menguruskan kewangan saya”. Sikap acuh tak acuh ini akan menjejaskan kedudukan wang anda, contohnya anda akan selalu membayar cukai yang tinggi, membiarkan pelaburan tidak berkembang dalam tempoh yang lama atau tidak bijak memilih produk-produk pelaburan/kewangan yang sesuai dengan anda. Dengan bebanan kerja yang banyak, ramai diantara kita yang tidak memberi keutamaan kepada pengurusan wang dan membiarkan keadaan menjadi penentunya.

Sebenarnya, walaupun anda hanya tergolong dalam golongan yang berpendapatan sederhana, tabiat MERANCANG KEWANGAN akan membolehkan anda menjadi seorang yang berjaya mengumpul kekayaan di kemudian hari kelak.


Kesilapan #2: Berbelanja Melebihi Kemampuan

Dewasa ini, kita sering berbelanja melebihi kemampuan akibat desakan rakan-rakan dan juga iklan-iklan disekeliling kita. Saban hari iklan-iklan di TV, surat khabar dan kompleks membeli belah banyak mempromosikan gaya hidup yang mewah. Telefon bimbit model terkini, kereta mewah dan juga fesyen terbaru banyak mendorong kita untuk berbelanja diluar daripada kemampuan. Apatah lagi, ramai yang sanggup menghabiskan duit semata-mata untuk mengikut arus peredaran masa dan tidak mahu dianggap ketinggalan zaman. Akibatnya, ramai diantara kita yang hanya mempunyai baki yang sangat sedikit dalam akaun bank di hujung bulan setelah ditolak pinjaman rumah dan kereta; bayaran kad kredit, bil-bil dan sebagainya.


Kesilapan #3: Berbelanja Menggunakan Kad Kredit

Tabiat beli dulu dan bayar kemudian merupakan perkara biasa dewasa ini. Hampir setiap orang mempunyai sekurang-kurangnya satu kad kredit. Malah, ramai diantara kita yang memiliki lebih daripada satu kad. Walaupun kad kredit merupakan satu kemudahan tetapi ramai orang yang menyalahgunakannya dan menganggap ia adalah suatu alat untuk kita berbelanja dengan sewenang-wenangnya. Tambahan pula, dengan bayaran minima setiap bulan, ramai yang akan berpotensi untuk terus berbelanja. Mereka tersalah anggap mengenai bayaran minima tersebut, dan tidak menyedari bahawa lama kelamaan ia akan menjadi hutang yang menggunung di kemudian hari. Jika tersilap langkah, tidak mustahil anda juga boleh menjadi muflis akibat tabiat sedemikian. Ini adalah realitinya kerana mengikut laporan kemuflisan (bankruptcy report), peratusan orang yang jatuh muflis sejak kebelakangan ini telah meningkat, terutama sekali dikalangan golongan muda. Oleh itu, pastikan anda menggunakan kad kredit secara berhemat. Dengan membuat bayaran minimum setiap bulan, anda mungkin boleh terus berbelanja, tetapi anda harus ingat bahawa ia akan menyebabkan anda mengalami kerugian besar di belakang hari.


Kesilapan #4: Lewat Menabung Untuk Hari Tua

Ramai diantara kita yang ingin bersara awal. Tetapi untuk memulakan persaraan, kita mesti memastikan yang kita mempunyai wang yang mencukupi untuk menampung gaya hidup yang diinginkan selepas bersara. Walaubagaimanapun, masih ramai diantara kita, terutamanya mereka yang sudah hampir bersara yang masih bergelut untuk mencapai jumlah simpanan yang diperlukan. Sepatutnya, setiap kali gaji naik, simpanan kita turut naik. Apa yang berlaku adalah sebaliknya dimana setiap kali gaji naik, perbelanjaan kita pula yang bertambah, contohnya pengubahsuaian rumah, kereta baru, menjadi ahli kelab tertentu untuk bersaing dengan rakan-rakan dan sebagainya. Perbelanjaan sedemikianlah yang menyebabkan kita sukar menabung untuk hari tua.


Kesilapan #5: Melabur dalam Produk yang Tidak Bersesuaian

Terdapat pelbagai produk pelaburan di pasaran. Untuk memastikan kita melabur dalam produk pelaburan yang menepati profil risiko dan ganjaran yang diinginkan, kita memerlukan ilmu pengetahuan mengenai selok-belok pelaburan. Jangan bergantung kepada kata-kata penasihat kewangan semata-mata kerana ada diantara mereka yang mempunyai agenda tersendiri. Kadangkala ada penasihat kewangan yang tidak bertanggungjawab dan memberikan maklumat yang tidak tepat untuk meningkatkan komisen jualan mereka. Jadi pastikan anda meneliti ciri-ciri sesuatu produk pelaburan tersebut dan mengkaji kumpulan pengurusannya sebelum melabur.


Kesilapan #6: Tidak Menabung untuk Waktu Kecemasan

Sesetengah orang beranggapan yang membeli insurans adalah perbuatan yang membazir wang. Tetapi tahukah anda bahawa tanpa insurans, kedudukan kewangan kita akan tergugat terutama sekali jika kita hilang pendapatan/pekerjaan. Keadaan akan menjadi lebih malang jika orang yang hilang pendapatan tersebut merupakan ketua keluarga atau pencari nafkah dalam keluarga. Tanpa insuran atau wang simpanan, seluruh keluarga akan merana dan ketika itu juga agak terlambat untuk memikirkan bagaimana ingin mencari sumber pendapatan yang lain dengan kadar segera.


Kesilapan #7: Terlampau Memikirkan Pasal Wang

Perkara diatas membincangkan tentang keperluan merancang kewangan dengan baik. Namun, dalam usaha memupuk tabiat yang baik tersebut, janganlah pula terlampau taksub mengumpul kekayaan sehingga lupa akan perkara-perkara lain yang amat bermakna dalam hidup kita seperti keluarga, kesihatan, kepuasan berkarier serta rakan dan taulan. Tanpa perkara ini, hidup anda tidak akan memberi sebarang makna walaupun anda mempunyai wang jutaan ringgit.

Akhir sekali, kita perlu sentiasa mengingatkan diri tentang kepentingan merancang kewangan. Jika kita tidak bersungguh-sungguh dalam membina kekayaan dan menguruskan kewangan, besar kemungkinan kekayaan tidak akan berpihak kepada kita.

http://bijakuruswang.blogspot.com

Ubah Gaya Hidup, Elak Jadi Miskin Selepas Bersara

 

KOTA KINABALU 22 April - Sikap boros berbelanja merupakan faktor kritikal yang menyebabkan kebanyakan rakyat di negara ini jatuh miskin selepas bersara.

Sehubungan itu, Pengurus Besar Tune Ins Holdings Sdn. Bhd., K. Sasitharan berkata, cadangan melanjutkan usia persaraan kepada 60 tahun bukanlah satu jaminan yang dapat mengelakkan rakyat negara ini daripada mengalami sindrom miskin selepas bersara.

"Wang simpanan RM1 juta atau RM2 juta bukan satu nilai selamat seandainya amalan boros diteruskan semasa usia persaraan.

"Bagaimanapun, sekiranya anda memiliki simpanan kurang daripada RM1 juta tetapi hidup dengan cukup sederhana dan berhemah, wang yang dimiliki mampu bertahan," katanya ketika ditemui pada Seminar Khas Kewangan anjuran Amanah Saham Nasional Bhd. sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2012, di sini hari ini.

Kata beliau, sebagai langkah awal dan berhati-hati, rakyat Malaysia perlu bersedia dan berani melakukan perubahan gaya hidup kepada lebih sederhana menjelang peningkatan usia.

Sasitharan berkata, dalam kajian dan pemerhatian yang dijalankan, didapati sebahagian besar pekerja di negara ini, sama ada yang berpendapatan sederhana atau tinggi, tidak berupaya mengubah kehidupan mereka kepada lebih sederhana ketika usia kian meningkat.

"Masalah ini adalah kritikal dan ia hanya boleh diatasi dengan mengubah kehidupan lebih sederhana," katanya.

Beliau mengakui, bukan mudah untuk menukar gaya hidup tetapi ia perlu dilakukan dengan inisiatif sendiri dan dilakukan secara holistik.

"Tiada siapa boleh mengawal diri sendiri daripada berbelanja besar, jadi sikap boros ini adalah masalah individu dan hanya diri sendiri mampu menyelesaikannya," katanya.

Menurutnya, peningkatan gaya hidup mengakibatkan rakyat negara ini begitu berani berbelanja besar tanpa berasa bimbang terhadap kedudukan kewangan semasa dan akan datang.

"Rakyat kita semakin boros berbelanja, tidak cukup duit, mereka guna pula kad kredit, cara perbelanjaan ini memang menakutkan, tetapi bolehkah amalan tersebut diteruskan ketika usia semakin bertambah?," soalnya.

Justeru, Sasitharan berkata, jurang cukup besar antara perbezaan gaya hidup dan nilai wang yang ada perlu diatasi segera melalui pendidikan dalam perancangan kewangan dan psikologi.

"Ini penting bukan sahaja untuk mengelakkan rakyat semakin miskin apabila tua tetapi ia juga boleh menjejaskan visi untuk mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020," katanya.


Dipetik dari Berita Utusan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...