Selain daripada simpanan, satu lagi cara yang boleh membantu untuk meningkatkan jumlah nilai wang ialah pelaburan. Dalam simpanan, anda akan mendapat semula wang simpanan yang dicampur dengan faedah. Tetapi dalam pelaburan, anda mungkin atau mungkin tidak mendapat semula jumlah yang dilaburkan atau anda mungkin mendapat lebih daripada jumlah awal pelaburan. Risiko pelaburan adalah lebih tinggi daripada simpanan tetapi pada masa yang sama, anda mempunyai potensi untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi.
Merancang pelaburan anda
- Mengetahui tujuan pelaburan anda
- Sebelum anda melabur, anda perlu tahu tujuan pelaburan anda. Tujuan / matlamat anda mungkin ialah untuk:
- Membeli kereta
- Membeli rumah
- Menghantar anak-anak anda untuk pengajian tinggi
- Pergi bercuti
- Merancang persaraan yang selesa untuk masa depan
- Sebelum anda melabur, anda perlu tahu tujuan pelaburan anda. Tujuan / matlamat anda mungkin ialah untuk:
- Tahu isu utama yang perlu diambil kira apabila melabur
- jumlah wang yang perlu dilaburkan
- tempoh pelaburan anda
- memahami risiko yang terbabit dan tahu tahap kerugian yang anda boleh tanggung
- ganjaran yang anda berharap daripada pelaburan anda
- pengorbanan yang anda sanggup lakukan
- memahami produk yang anda hendak labur
- merancang pelaburan yang sesuai dengan portfolio keseluruhan anda
- membandingkan pulangan bagi pelaburan lain yang sama
- memantau prestasi pelaburan anda secara berterusan berbanding dengan keperluan anda yang berubah-ubah
- mempunyai fleksibiliti untuk mencairkan pelaburan yang berkenaan ketika anda terdesak
- Tahu strategi dan konsep melabur
- Pempelbagaian
- jenis pelaburan yang berbeza terdedah kepada tahap risiko yang berbeza dan dengan pempelbagaian, kerugian dalam sesetengah pelaburan boleh diimbangi oleh perolehan pelaburan lain
- pempelbagaian dapat meminimumkan risiko dan melindungi anda daripada volatiliti dalam sesuatu kelas aset atau industri
- Nilai masa wang
- lebih awal anda melabur, lebih besar pulangan atas nilai wang anda
- ini disebabkan oleh prinsip faedah kompaun di mana anda memperoleh faedah atas pelaburan asal anda dan atas faedah yang telah anda peroleh daripada pelaburan anda
- Impak inflasi dan cukai
- inflasi menyusutkan wang nilai; wang yang anda punyai pada hari ini berkemungkinan tidak lagi mempunyai nilai yang akan membolehkan anda membeli jumlah barangan yang sama pada masa hadapan
- walaupun anda memperoleh pulangan daripada pelaburan, nilai sebenar pelaburan anda mungkin berkurangan disebabkan oleh kesan inflasi
- matlamat pelaburan adalah untuk menambah wang anda melebihi kadar inflasi
- cukai juga akan mengurangkan pulangan pelaburan melainkan pelaburan anda mendapat pengecualian cukai
- hubungan risiko dengan pulangan
- pelaburan yang “lebih selamat” (seperti simpanan bon) bermaksud bahawa pelaburan asal anda kekal tetapi kadar pulangannya mungkin lebih rendah
- pelaburan yang menjanjikan pulangan yang lebih tinggi (seperti dana amanah saham ekuiti atau saham) juga mempunyai risiko yang lebih tinggi
- Pempelbagaian
- Tahu pelaburan mana yang sesuai untuk anda
- sebelum anda memilih sebarang produk pelaburan, adalah penting bagi anda memahami pelaburan tersebut terlebih dahulu
- setiap asset adalah unik dan mempunyai profil risiko pulangan yang berbeza
Terdapat banyak pihak yang menawarkan nasihat kewangan seperti bank, remisier, perancang kewangan atau ejen insurans, bergantung kepada jenis instrument pelaburan yang terlibat. Walau bagaimanapun, pilih penasihat kewangan secara berhati-hati jika anda memerlukannya. Pastikan mereka berkelayakan dan berpengalaman. Tanyakan soalan dan pastikan anda faham isu dan prosedur yang terlibat. Dapatkan pandangan pihak kedua jika anda masih ragu.
Sumber Maklumat
- Maklumat mengenai pelaburan boleh diperoleh daripada:
- Laporan tahunan yang diterbitkan oleh syarikat
- Surat khabar, jurnal dan majalah
- Internet
- Kursus
- Seminar
- Memahami pelaburan dan risiko yang terlibat
- Jangan terburu-buru ketika membuat keputusan. Berhati-hati terhadap taktik penjualan agresif yang memaksa anda membuat keputusan dan bertindak segera.
- Simpan semua rekod transaksi yang dilakukan
- Berhati-hati dengan skim yang menjanjikan keuntungan cepat pada tahap risiko yang minima atau tanpa risiko