Apa guna jika kita bekerja 30 tahun selepas itu kena bekerja kembali kerana sedikit kesilapan iaitu tidak membuat perancangan persaraan komprenhensif semasa bekerja. Orang yang bekerja kembali selepas bersara adalah orang yang tiada perancangan persaraan bukan tiada duit semasa bersara kerana suka mengambil mudah kepada sesuatu isu.
Friday, October 4, 2013
Wednesday, October 2, 2013
Pilihan Pelaburan
Pelaburan adalah perkataan yang biasa kita dengar. Ada pelbagai jenis pelaburan tetapi yang pasti sebelum membuat keputusan untuk melabur, anda harus mengenal pasti bahawa operasi sesebuah institusi pelaburan itu sah di sisi undang-undang.
Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis kononnya anda boleh mendapat pulangan lumayan dalam tempoh singkat. Dalam keadaan seperti ini, berfikirlah secara logik dan realistik. Sebaiknya dapatkan nasihat daripada mereka yang arif, berpengalaman dan boleh dipercayai dalam hal berkaitan dengan pelaburan.
Jenis pelaburan yang biasa terdapat di pasaran kewangan.
Pelaburan tunai dan faedah tetap
Pelaburan tunai adalah bentuk pelaburan paling biasa di Malaysia meliputi produk seperti akaun simpanan bank dan simpanan tetap. Ia menyediakan kemudahan apabila anda memerlukan wang dan anda tidak mungkin kehilangan modal kerana ia terjamin.
Bagaimanapun, pulangan yang diperoleh adalah sedikit dan tiada pertumbuhan modal. Sebenarnya pelaburan ini boleh menjadi berisiko pada jangka masa panjang kerana kesan inflasi yang boleh menghakis nilai pelaburan anda.
Bagi kebanyakan pelabur, produk faedah tetap dan tunai adalah sesuai untuk:-
• Digunakan sebagai akaun transaksi.
• Menyimpan wang bagi perbelanjaan jangka masa pendek dan kecemasan.
• Simpanan jangka masa pendek tanpa tanggungan risiko atas modalnya.
Membeli saham
Saham, juga dikenali sebagai ekuiti atau syer – mewakili pemilikan dalam sesebuah syarikat. Apabila anda membeli saham, anda menjadi sebahagian daripada pemilik syarikat dan berhak atas nilai masa depan sahamnya dan keuntungannya.
Saham dalam syarikat menawarkan pulangan kepada pelabur menerusi dua cara:-
• Apabila nilai keseluruhan syarikat meningkat, nilai sahamnya juga meningkat.
• Anda boleh memperoleh dividen apabila syarikat membayar sebahagian daripada keuntungannya kepada pemegang saham sebagai pembayaran agihan pendapatan.
Saham beroperasi menghasilkan pulangan yang tinggi. Bagaimanapun, nilai saham berpotensi merosot kalau prestasi pasaran saham jatuh.
Pada umumnya pelaburan saham sesuai bagi pelabur yang:-
• Ingin membina asas simpanan bagi matlamat kewangan jangka masa sederhana dan panjang.
• Mempunyai rangka masa pelaburan yang lebih panjang.
• Selesa dengan keadaan saham yang turun naik bagi nilai pelaburan dalam jangka masa pendek, sebagai gantian untuk mendapat pulangan tinggi dalam jangka masa panjang (dalam bentuk pendapatan dividen dan pertumbuhan modal).
Dana amanah saham (Unit Trust)
Dalam amanah saham, wang daripada pelabur individu akan disatukan untuk membeli kelas asset yang berlainan, dalam jumlah yang besar. Pengurus dana profesional akan menentukan peratusan daripada dana yang akan dilaburkan dalam setiap kelas aset, dan mengenal pasti negara, industri dan syarikat yang mempunyai potensi dan pulangan terbaik.
Setiap pelabur akan menerima unit dalam dana ini. Setiap unit mewakili campuran pelbagai kelas aset seperti saham, bon dan simpanan tetap.
Dana amanah saham adalah bersesuaian bagi mereka yang:-
• Baru dalam bidang pelaburan.
• Bersedia mendapatkan khidmat pengurus professional untuk membuat pilihan pelaburan.
• Mempunyai jumlah permulaan yang kecil untuk melabur (dengan pilihan untuk menambahkan pelaburan dari semasa ke semasa).
• Mencari kepelbagaian dalam pelaburan untuk meminimumkan risiko.
Pelaburan hartanah
Rakyat Malaysia memang sudah biasa dengan aset kelas hartanah. Pelaburan hartanah menawarkan nilai dalam dua cara:-
• Nilai modal asas hartanah akan meningkat dalam sesuatu jangka masa apabila harga rumah dan tanah meningkat.
• Anda dapat memperoleh pendapatan hasil penyewaan.|
Seperti saham, harga hartanah boleh turun naik dan ada ketikanya memberi pulangan tinggi dan rendah. Oleh itu, pelaburan dalam hartanah adalah sesuai untuk pelaburan jangka panjang. Faktor paling penting untuk dipertimbangkan adalah lokasinya.
Hartanah adalah sesuai bagi pelabur yang:-
• Tidak memerlukan wang ‘kecemasan’.
• Mempunyai pelaburan jangka masa panjang.
• Berkeupayaan membayar balik gadai janji jika kadar faedah meningkat atau hartanah itu tidak disewa.
Buatlah pilihan dengan tepat dan bijak. Pilihan di tangan anda.

Labels:
Pilihan Pelaburan
Subscribe to:
Posts (Atom)