Thursday, February 14, 2013

Strategi Peringkat Hidup

Strategi peringkat hidup merupakan strategi yang lazim digunakan dalam perancangan kewangan untuk pelaburan. Pendekatan ini adalah berdasarkan kepada tempoh tertentu yang dilalui pelabur dalam hidupnya. Jadual di bawah memperjelaskan strategi berbeza yang boleh dilaksanakan seorang pelabur pada peringkat berbeza dalam hidupnya.



Tahun-tahun Awal (Sehingga awal 30-an) Tahun-tahun Pertengahan (30-an hingga akhir 40-an) Menjelang Persaraan (lewat 40an sehingga persaraan) Setelah Persaraan (60+)
Matlamat anda
Tahap permulaan
Mengumpul dan melabur
Consolidate for
future
Pendapatan dan jaminan sara hidup
Peringkat jangka hayat pelaburan anda
Mengumpulkan dana kecemasan Mula melabur Tentukan matlamat kewangan jangka pendek
Menambah simpanan Menetapkan strategi simpanan yang mantap Memberi perhatian kepada matlamat kewangan jangka pendek, sederhana panjang.
Memaksimumkan pelaburan Matlamat cenderung untuk beralih kepada jangka sederhana
Melabur untuk menjana pulangan yang cukup untuk perbelanjaan hidup Memberi perhatian kepada matlamat jangka pendek dan sederhana
Pertimbangan anda
Bila dan bagaimana untuk mula menyimpan Simpanan perlu cair untuk memenuhi keperluan jangka pendek
Komitmen keluarga (gadai janji, perbelanjaan pendidikan anak-anak) Mengurus pelaburan
Merancang untuk persaraan Mengurus pelaburan yang ada untuk mendapatkan pulangan maksimum
Mempunyai pendapatan mencukupi untuk persaraan Pulangan terhadap pelaburan yang cukup untuk mengekalkan standard kehidupan seperti sebelum persaraan.
Strategi pelaburan anda
Membentuk perancangan Mula melabur secara tetap untuk keperluan jangka pendek dan persaraan Pelaburan berorientasikan pertumbuhan jangka panjang
Mempelbagaikan pelaburan Bahagian yang lebih besar untuk pelaburan pertumbuhan/ekuiti
Memastikan kepelbagaian tetapi menilai semula pengagihan aset dengan mengurangkan peratusan pelaburan berisiko tinggi
Terus melabur tetapi mengubah gabungan pengagihan aset kepada aset yang lebih konservatif
Untuk menentukan profil risiko, tanyakan diri anda soalan-soalan berikut:
Apakah peringkat usia anda sekarang?
Apakah matlamat jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang anda?
Apakah sikap anda terhadap wang?
Setakat manakah kesanggupan anda untuk menerima turun naik jangka pendek nilai pelaburan anda?
Adakah anda bersedia untuk menerima risiko yang lebih tinggi untuk mendapatkan pulangan yang lebih besar?
Terdapat pelbagai pihak yang menawarkan nasihat kewangan seperti institusi perbankan dan remisier. Walaubagaimanapun, pastikan penasihat kewangan yang anda pilih mempunyai kelayakan yang sesuai untuk memberi sebarang nasihat.
Sumber : http://www.bankinginfo.com.my








Wednesday, February 13, 2013

Pilih Pelaburan Yang Betul

 
Lazimnya pelabur yang bijak menyimpan wang yang secukupnya untuk keperluan kecemasan dan selebihnya dilaburkan untuk memaksimumkan pulangan. Untuk menentukan pelaburan mana yang sesuai dengan anda, anda perlu menilai jumlah wang yang mampu anda laburkan berdasarkan keadaan semasa kehidupan anda.


Matlamat dan keperluan anda
  Pelaburan anda bergantung kepada matlamat anda, sama ada untuk membeli rumah, menyediakan pembiayaan untuk pendidikan anak anda atau keperluan anuiti persaraan?
Umur anda ketika melabur
  Ini akan menentukan berapa banyak risiko yang anda boleh ambil. Contohnya, jika anda masih muda, anda boleh membuat pelaburan yang secara relatifnya lebih berisiko tinggi
Pendapatan anda ketika melabur
  Jika anda berpendapatan lebih tinggi, maka anda akan mempunyai wang yang lebih untuk dilaburkan.Tahap kekayaan juga mempengaruhi jenis pelaburan yang anda boleh lakukan
Pekerjaan anda
  Contohnya, jika terdapat pelan persaraan dalam pekerjaan anda, anda mungkin tidak perlu pelan persaraan lain.
Aset anda
  Jenis aset yang anda milik memberi kesan terhadap tahap risiko yang anda hadapi. Simpanan dan deposit tetap mempunyai risiko yang paling minimum dan bon serta ekuiti mempunyai risiko yang lebih tinggi.
Jangka masa
  Bilakah anda mahu menjual aset anda? Anda perlu memastikan tempoh matang aset yang anda pilih.
Kecairan
  Keperluan anda terhadap wang di masa hadapan. Sekiranya anda perlu menggunakan wang dalam masa 2-3 bulan terdekat, anda mungkin perlu menyimpan wang anda di dalam deposit bank yang lebih mudah dicairkan berbanding bond dan unit amanah.
Kesediaan menghadapi risiko
  Nilai toleransi anda terhadap risiko. Sejauh mana anda boleh menghadapi ketidaktentuan pasaran?
 
Sumber : http://www.bankinginfo.com.my


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...