Wednesday, April 20, 2011

Pemurataan Kos Ringgit - Dollar Cost Averaging (DCA)



Ia merupakan satu teknik pelaburan yang digunakan untuk mengurangkan pendedahan kepada risiko yang berpunca dari pembelian tunggal yang besar.

Ia dilakukan dengan membuat pelaburan dalam satu jumlah yang tetap setiap bulan atau setiap penggal ke dalam mana mana unit saham amanah tunggal, tanpa menghiraukan harga unitnya. Contohnya, anda boleh memilih untuk membuat pembelian saham bulanan sebanyak RM100 atau RM 200 kepada satu dana unit amanah saham. Atau mungkin juga anda membuat pembelian yang besar sedikit sebagai contoh RM 500 atau RM 1000 setiap penggal atau suku tahun.

Lebih banyak unit dibeli apabila harga unit sesaham rendah dan unit kurang dibeli jika harga unit sesaham tinggi.



Premis Pemurataan Kos Ringgit (DCA; Dollar Cost Averaging – Dalam Inggerisnya) adalah bagi seseorang pelabur yang ingin mencari perlindungan daripada kehilangan nilai pasaran tidak lama selepas dia membuat pelaburan. Walaupun Pemurataan Kos Ringgit boleh menjadi satu cara pelaburan efektif, ia tidak menjaminkan keuntungan ataupun melindungi pelaburan daripada kerugian dalam pasaran yang merosot pada masa sesingkat musim pelaburan menurun. Untuk pelaburan jangka panjang, ia sesuatu yang masih lebih baik lagi.

Untuk itu anda mesti terus membeli unit unit dalam pasaran pasaran menaik dan menurun supaya strategi ini menjadi berkesan. Oleh itu, anda patut memilih satu jumlah yang anda berasa selesa untuk melabur di bawah semua keadaan pasaran.

Untuk menjelaskan lagi Pemurataan Kos Ringgit dengan lebih baik,andaikan anda ingin menyimpan RM 1200 setiap tahun untuk tabung pendidikan anak anda. Selain daripada melaburkannya sekaligus dan menanggung risiko memasuki semasa apasaran adalah tinggi, anda memutuskan untuk melabur RM 100 setiap bulan dalam satu unit amanah saham seperti yang ditunjukkan jadual dibawah.


Teknik ini digunakan oleh ramai jutawan-jutawan untuk menggandakan wang mereka tanpa memikirkan market naik atau turun.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...