Thursday, July 21, 2011

Petua Simpan Duit Banyak-Banyak



Saya pasti ramai yang sudah tahu dan pernah mendengar nasihat tentang pengurusan kewangan yang berbunyi..



Simpanlah sekurang-kurangnya 10% wang gaji anda



Bermakna.. jika gaji anda sebulan RM2,000.. anda perlu simpan RM200 sebulan
Jika gaji anda RM3,000 sebulan.. anda perlu simpan RM300 sebulan..

Dalam masa setahun, anda akan mempunyai simpanan sebanyak RM200 X 12bulan = RM2,400


RM2,400 ? Oh.. nampaknya impian anda untuk menjadi jutawan masih jauh lagi..
Jika anda masih meneruskan simpanan bulanan anda sebanyak RM200 sebulan.. berapa lamakah masa yang diperlukan untuk anda menjadi jutawan?



Jawapannya…. 400 Tahun!
Hah? Nampaknya.. dunia telah kiamat pun anda masih belum lagi jadi jutawan.. Oh!



Sebenarnya, nasihat menyimpan 10% daripada wang gaji kita itu sememangnya suatu nasihat yang baik. Tetapi, bagi saya, jika anda dapat menyimpan lebih dari 10%…. maka, itu adalah lebih lebih lebih baik lagi!



Persoalannya? Macam mana nak simpan lebih dari 10%?
“Saya tak boleh… kalau simpan lebih 10%.. nanti, makan pasirlah saya jawapnya.” ujar anda..



Jangan cepat berfikiran negatif… fikirkan perkara yang positif!
Sebenarnya, ada satu rahsia yang membolehkan kita menyimpan wang gaji kita lebih dari 10%. Jadi.. saya ingin kongsikan ia bersama anda, ini adalah rahsia peribadi saya… saya telah menguji dan menggunakannya pada diri saya sendiri, dan ikhlas saya katakan.. dengan rahsia ini.. saya mampu menyimpan wang sebanyak 200% daripada wang gaji saya setiap bulan! (Diulangi… wang gaji yer.. bukan wang pendapatan.. ho! ho! ho! Bermaksud… JIKA gaji saya RM100 sebulan.. maka, saya mampu menyimpan RM200 sebulan..)

Anda nak tahu apakah Rahsia itu?

Seterusnya...

Wednesday, July 13, 2011

Prinsip melabur untuk persaraan



Menjalani kehidupan di usia emas dan bersara merupakan satu lagi fasa kehidupan yang perlu ditempuh. Justeru, persoalan berlegar-legar di fikiran apakah kaedah sesuai bagi terus menjana pendapatan?

Beberapa prinsip dalam pelaburan perlu dipandang serius sebelum anda merancang untuk membuat persediaan persaraan.

Pertama - sentiasa bersedia menghadapi perkara luar jangka. Ini kerana semasa bekerja anda mempunyai aliran pendapatan tetap untuk melunaskan keperluan kewangan di luar jangkaan, namun ia sebaliknya selepas bersara.

Kedua - sesuaikan perubahan pendapatan anda. Buat sasaran jumlah perbelanjaan selepas bersara.

Ketiga - bina aliran pendapatan berterusan. Hal ini penting bagi memastikan anda mempunyai sumber pendapatan sepanjang hidup.

Dari konsep kewangan, persaraan memerlukan anda merancang lebih teliti tentang pengumpulan aset. Perlu diingat, anda perlu mengurus kewangan untuk tempoh 20 ke 30 tahun akan datang!

Paling penting, melabur dalam instrumen yang sesuai. Justeru, ambil kira keperluan dan matlamat jangka panjang sebelum melabur.

Langkah seterusnya, ketahui dan fahami tempoh masa sesuai untuk menjual balik atau menukarkan pelaburan dalam bentuk tunai bagi memenuhi keperluan anda. Lazimnya, pelabur cenderung menjual saham berisiko tinggi apabila memasuki usia persaraan.

Pastikan anda membuat kajian dan anggaran secara teliti dan berkesan. Ambil kira kesan cukai ke atas pelaburan anda dan pastikan anda mengoptimumkan manfaat rebat cukai yang layak. Kesimpulannya, pelaburan perlu dirancang dengan teliti untuk mendapat hasil dan pulangan terbaik.

Usia muda adalah masa terbaik untuk mula merancang persaraan anda.

Friday, July 8, 2011

Kelebihan Simpanan Secara Bulanan


Kita tahu bahawa kita harus menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada rezeki kita untuk masa hadapan. Sekiranya pendapatan kita RM2,000, perlu simpan RM200. Sekiranya suami isteri (anggap keduanya berpendapatan RM2,000) maka, simpanan bulanan adalah RM400.

Nak jadi jutawan, agak lama pada kadar pulangan pelaburan 10%- lebih 30 tahun!. Tetapi, perlu ingat 3 faktor yang kita tidak mengambil kira:

  1. Sekiranya makan gaji, gaji akan naik apabila diberi masa melalui pengalaman.
  2. Sekiranya menjalankan perniagaan, pengalaman akan mengajar memaksimakan keuntungan apabila diberi masa.
  3. Sekiranya makan gaji, EPF juga akan menambahkan simpanan & pelaburan kita di masa hadapan.

Sebenarnya, untuk mencapai simpanan RM1 juta, tidak sesukar yang disangka. Hanya perlu menyimpan secara berterusan dan berdisiplin.

Contoh:

Suami isteri yang berpendapatan RM2,000 seorang dan menyimpan/melabur 10% iaitu RM400 setiap bulan, akan berjaya mencecah RM1juta dalam masa 32 tahun (lebih kurang). Tetapi, masanya agak lama!

Namun, apabila di kira EPF, untuk mencapai RM1 juta, ia mengambil masa dalam lingkungan 25-30 tahun. Masih lagi lama!

Tetapi, sekiranya pendapatan mereka bertambah RM200 setahun, dan masih menyimpan 10%, untuk mencapai RM1juta adalah kurang dari 25 tahun!

Kini, mencapai angka 1 juta adalah milik semua, walaupun berpendapatan sederhana

- ;) Mudah kan? But… start saving now!

Dari Irfan Khairi

Thursday, July 7, 2011

9 Cara Berkesan Menyimpan Duit


Langkah pertama menuju ke arah kebebasan kewangan ialah dengan menyimpan. Di mana-mana anda membaca, semuanya menegaskan perkara ini. Pernyataan-pernyataan, “Simpanlah wang anda”, “Menabunglah wang anda”, “Menabung adalah langkah pertama untuk melabur”, dan sebagainya.

Di sini, saya ingin berkongsi 9 cara berkesan menyimpan wang anda.

1. Peruntukkan suatu nilai tetap sebagai nilai simpanan bulanan

Cara utama untuk menabung ialah dengan menetapkan simpanan bulanan secara tetap dari pendapatan (atau wang saku/elaun bulanan bagi yang belum bekerja). Kebanyakan nasihat memilih 10% dari jumlah pendapatan bulanan sebagai nilai minimum. Lebih tinggi nilai simpanan adalah lebih bagus, tetapi pastikan anda telah menunaikan semua tanggungjawab anda terlebih dahulu.

2. Bonus tahunan/prestasi

Bonus merupakan sesuatu yang menggembirakan bagi setiap pekerja. Tanpa bonus, sebuah kompeni mungkin akan kehilangan pekerja-pekerja hebatnya. Tetapi, adakah berbaloi untuk menghabiskan semua wang bonus hasil susah payah anda selama setahun itu? Huhuhu. Apa kata anda songsangkan PRINSIP MEMBELANJAKAN WANG GAJI anda untuk diaplikasikan ke atas bajet wang bonus anda? Maksud saya, membelanjakan 10% sahaja dan bakinya sebanyak 90% disimpan :)

3. Elaun tambahan

Kebiasaannya, pekerja-pekerja yang perlu bekerja di luar pejabat akan diberikan elaun tambahan. Di antaranya termasuklah elaun minyak, tol, “mileage”, makan, dan sebagainya. Bukan senang untuk menguruskan wang elaun ini, kerana kebiasaannya anda perlu mengeluarkan belanja sendiri dahulu sebelum membuat tuntutan (atau “claim”) dari kompeni anda. Sesetengah kompeni akan membayar semula tuntutan tersebut selepas sebulan. Sebilangannya hanya akan membayar semula tuntutan tersebut hanya selepas dua bulan. Berhati-hati dengan elaun ini. PERUNTUKKAN DAHULU UNTUK KEGUNAAN BULAN BERIKUTNYA BAGI KEGUNAAN TUGASAN LUAR PEJABAT DARI NILAI TUNTUTAN ELAUN YANG DITERIMA SEBELUM ANDA MENYIMPAN. Tiada gunanya sekiranya anda perlu meminjam wang orang lain kerana tujuan anda menyimpan adalahKEBEBASAN KEWANGAN.

4. Kenaikan gaji tahunan

Saban tahun, kebanyakan syarikat akan menghadiahkan kenaikan gaji tahunan bagi pekerja-pekerjanya. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mentaksirkan semula bajet perbelanjaan bulanan anda untuk disesuaikan dengan gaji baru anda. Idealnya, simpan semua kenaikan gaji anda. Tetapi, dalam dunia sebenar, berikanlah sedikit ruang untuk anda merasai dan menikmati kenikmatan kenaikan gaji tersebut. Anda memerlukan motivasi untuk terus kekal menabung. Peruntukkanlah sebahagian kecil wang anda seperti menghadiahkan sehelai baju baru untuk diri anda sendiri 

5. Pendapatan tambahan

Menambah wang pendapatan sudah tentulah dapat menambahkan nilai tabungan, SEKIRANYA anda tidak menjolikan ksemua pendapatan tambahan tesebut. Cubalah berniaga kecil-kecilan (“online” atau “offline”) atau menjadi ejen insuran atau menjadi ejen Unit amanah (juga dikenali sebagai “unit trust”) sebagai langkah awal. Sekiranya anda berani, mempunyai modal besar, dan mempunyai ilmu, mungkin boleh melibatkan diri di dalam saham ekuiti, atau hartanah, atau mungkin juga pasaran hadapan.

6. Menyimpan setiap nilai penjimatan

Simpanlah setiap sen yang berjaya dijimatkan pada setiap kali anda berbelanja. Bagaimana untuk berjimat? Terlalu banyak cara. Sila klik di ini untuk bacaan lanjut.

7. Wang syiling

Hampir semua barang-barang yang dijual bukanlah bernilai genap RM seperti RM1 atau RM10. Kebanyakannya akan bernilai RM1.60, RM10.10, dan sebagainya. Setiap kali kita membuat pembayaran bagi barang-barang ini, kita akan diberi baki wang syiling. Dapatkan sekurang-kurangnya sebuah tabung (atau sebarang botol kosong) untuk dijadikan tabung bagi wang syiling tersebut. Sebagai kiraan mudah, ambil nilai RM0.50 sebagai nilai tabungan syiling harian. Darabkan dengan 30 hari, 0.50*30=RM15 bagi setiap bulan. Untuk setahun, darabkan dengan 12, 15*12=RM180. Hah, siapa nak bagi RM180 kepada anda?

8. Lebihan wang perbelanjaan bulanan

Setiap bulan, majikan akan membayar gaji pada satu tarikh yang tetap (mungkin lewat selama 2-3 hari, hehehe). Apabila sampai tarikh gaji masuk, periksa penyata kewangan anda untuk memeriksa jumlah lebihan wang perbelanjaan bulanan anda bagi bulan itu. Ucapkan syabas kepada diri anda kerana anda tidak menjolikan wang lebihan tersebut (menyimpanlah).

9. Bersedekah dan Bayar Zakat

Selain menabung, anda perlu ingat, tiada gunanya mempunyai wang yang banyak sekiranya IA AKAN MENJADI BEBAN DI AKHIRAT KELAK. Bayarlah zakat kerana ia WAJIB. Bersedakahlah kerana di dalam harta anda, Allah telah tetapkan rezeki untuk orang lain. Tetapi, adalah lebih AFDHAL untuk bersedakah kepada keluarga sendiri sebelum orang lain. Selain mendapat pahala sedekah, anda juga telah merapatkan tali silaturrahim sesama keluarga anda, insyaAllah. Jangan bimbang, sedekah dan zakat tidak akan mengurangkan wang anda kerana insyaAllah Allah akan melipatgandakan lagi rezeki anda dan memberkatinya. Amin Ya Allah.

Akhir kata, perlu diingat senarai ini bukanlah senarai mutakhir cara menyimpan duit. Ini hanyalah SEBAHAGIAN sahaja dari cara-cara menyimpan duit. Anda perlu menggunakan kreativiti sendiri dan sesuaikan dengan keperluan anda.

Monday, July 4, 2011

Enam langkah untuk mengatasi kegawatan ekonomi

"Adakah kegawatan ekonomi sudah hampir tiba?"



Senarai berikut merupakan enam langkah yang akan membantu anda mengatasi ekonomi.

1- Membuat simpanan sekurang-kurang 10 peratus daripada pendapatan anda kepada diri anda sendiri
2- Simpan wang yang membolehkan anda hidup selama sekurang-kurangnya enam bulan
3- Hidup dengan berjimat-cermat dan elakan perbelanjaan yang tidak wajar
4- Jangan berhutang, terutama sekali hutang besar
5- Sentiasa peka situasi-situasi dan peluang-peluang yang ada di hadapan anda
6- Rangkaian (networking) amat penting supaya anda mempunyai perhubungan yang meluas dengan pelbagai jenis orang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...