|
|
Merancang perbelanjaan
adalah langkah pengurusan kewangan yang bijak tidak kira sama ada gaji
anda besar ataupun kecil. Di antara kesilapan yang sering dilakukan
berkaitan duit ialah terlalu banyak berhutang,
lambat membayar bil dan tidak menyimpan wang untuk kegunaan masa depan.
Anda boleh mengelak daripada melakukan kesilapan yang sama dengan
mengawasi tabiat berbelanja anda.
Urus wang anda dengan bijak melalui langkah berikut: |
|
|
|
|
|
Matlamat kewangan anda seharusnya
menggambarkan perkara yang anda ingin kecapi dengan wang anda dalam
jangka masa tertentu. Penetapan matlamat ini akan membantu anda memahami
nilai sebenar wang dan menggalakkan anda untuk berbelanja dengan lebih
bijak. Tetapkan jangka masa untuk merancang dan melaksanakan setiap
matlamat anda, sama ada matlamat itu berjangka masa pendek, sederhana
atau panjang.
Adakah anda merancang untuk… |
|
|
|
|
|
|
|
Melancong? |
|
Menyediakan perbelanjaan perubatan? |
|
Menyimpan wang untuk digunakan setelah bersara? |
|
|
|
|
Sekiranya anda tidak mempunyai
lebihan wang tunai untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula
tabiat berbelanja anda dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak
diperlukan. |
|
|
|
|
|
Selepas anda menentukan matlamat anda, mulakan
dengan membuat perancangan untuk berbelanja dengan lebih baik agar
matlamat anda mudah dicapai. Ingat bahawa matlamat anda buat masa yang
terdekat ini bukanlah untuk mengurangkan perbelanjaan tetapi mengenal
pasti tabiat berbelanja anda. Melalui pemerhatian ini, anda dapat
mengetahui: |
|
|
|
|
- Ke mana dan bagaimana anda membelanjakan wang anda
- Berapa banyak hutang anda setiap bulan
- Berapa baki wang anda yang masih tinggal di penghujung bulan
|
|
|
|
Sekiranya anda tidak mempunyai
lebihan wang tunai untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula
tabiat berbelanja anda dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak
diperlukan. |
|
|
|
|
|
Jika wang anda tidak berbaki pada penghujung
setiap bulan, sudah tiba masanya anda menilai tabiat berbelanja anda.
Teliti semula semua perbelanjaan anda dan tentukan sama ada apa yang
telah anda beli ialah barangan yang anda benar-benar perlukan atau
hanyalah memenuhi kemahuan anda. Perhatikan sama ada: |
|
|
|
|
- Anda menggunakan simpanan untuk membayar bil semasa
- Anda memohon pinjaman baru untuk melangsaikan hutang pinjaman lama
- Hutang anda lebih besar daripada pendapatan
- Anda membeli sesuatu tanpa memikirkan sama ada anda mampu atau tidak
|
|
|
|
Sekiranya anda tidak mempunyai
lebihan wang tunai untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula
tabiat berbelanja anda dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak
diperlukan. |
|
|
|
|
|
|
Pelan perbelanjaan membantu anda merancang
kewangan. Anda boleh mengesan ke mana duit anda dibelanjakan seterusnya
mengelakkan kebanyakan perbelanjaan tersebut dan mula merancang simpanan
anda. Mulakan pelan perbelanjaan anda dengan panduan mudah berikut: |
|
|
|
|
- Tentukan jumlah pendapat bulanan anda
- Tambah jumlah perbelanjaan termasuklah bil bulanan, bayaran balik pinjaman, sewa, perbelanjaan seharian dan lain lain
- Ketepikan sejumlah wang untuk kecemasan
dan perbelanjaan bermusim (seperti yuran sekolah, musim perayaan, cukai
jalan, pembaharuan insurans dan lain-lain)
|
|
|
|
Sekiranya anda tidak mempunyai
lebihan wang tunai untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula
tabiat berbelanja anda dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak
diperlukan. |
|
|
|
Sumber: www.bankinginfo.com.my