Thursday, March 24, 2011

Pendapatan Aktif dan Pendapatan Pasif

Apa itu Pendapatan Aktif dan Pendapatan Pasif?



Pendapatan Aktif dibayar berdasarkan masa bekerja, hampir 80 peratus orang kerja makan gaji. Pendapatan Pasif diperoleh dengan bekerja sekali dengan penuh kemudian menerima bayaran tanpa henti, cuma 20 peratus menggunakan kaedah ini. Lebih besar pendapatan pasif semakin banyak masa yang akan bakal diperoleh bersama keluarga dengan wang masih masuk ke akaun bank. Kalau bercuti enam bulan terus menerus pun wang masih masuk.


Berikut adalah beberapa jenis punca pendapatan pasif:


• Pelabur yang mendapat dividen bulanan atau tahunan


• Pemilik hartanah yang menyewakan rumah atau tanah


• Penulis yang menerima royalti daripada buku tulisan mereka


• Usahawan yang mendapat keuntungan perniagaan


• Agen insurans yang mendapat komisen


• Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka

• Ahli jualan langsung/MLM)yang menerima komisen bulanan


Rahsia kekayaan yang sebenar bukanlah terletak kepada berapa banyak wang yang dimiliki tetapi kebebasan yang miliki. Ada orang banyak harta tetapi sentiasa sibuk dan tiada masa untuk melakukan kegiatan yang disukai. Contohnya mereka tidak bebas untuk melihat anak-anak membesar, bersarapan pagi selama dua jam, bersantai di tempat peranginan tanpa risau memikirkan soal operasi pejabat.


Sebagai contoh kita lihat kes seorang doktor pakar . Memang pendapatan secara mutlak tinggi tetapi POTENSI pendapatan mereka ada hadnya. Dalam masa 24 jam sehari mereka hanya boleh berjumpa sejumlah tertentu pesakit sahaja dan mesti berjumpa dengan setiap pesakit tersebut. Dalam erti kata lain mesti aktif atau berada di situ. Tiada beza juga jika kita bandingkan dengan pegawai korporat atau kerajaan, peguam atau jurujual berkomisen. Kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai pendapatan pasif. Mereka memang nampak kaya, tetapi sebenarnya mereka tetap bergantung kepada gaji atau komisen. Ada yang cuba mengatasi kelemahan ini dengan menggunakan model agensi berkomisen dipanggil "overiding". Tetapi pelanggan masih dimiliki syarikat prinsipal. Bererti kalau meninggalkan syarikat, komisen hilang, nilai aset pelanggan langsung menjadi sifar kerana diambil alih oleh syarikat.



Apa yang diceritakan setakat ini boleh dibaca dengan lebih terperinci dalam buku "Rich Dad Poor Dad" hasil nukilan Robert Kiyosaki. Beliau membahagikan cara menjana pendapatan kepada 4 kuadran. Beliau menyarankan jika kita ingin membebaskan diri dari belenggu kewangan sepenuhnya, kenalah mula bergerak ke Kuadran 3 Perniagaan atau Kuadran 4 Pelaburan. Kuadran 4 dianggap terbaik kerana di sinilah wang membuat wang berlaku tanpa sebarang usaha dari pelabur kecuali pemantauan berkala. Jadi sekiranya anda berada dalam Kuadran 1 Makan Gaji berusahalah untuk bergerak secara beransur-ansur ke Kuadran 2 atau Kuadran 3. Tidak mustahil sebenarnya untuk seorang itu bergerak dari Kuadran 1 ke Kuadran 4 jika dia berjimat cermat atau kenaikan gajinya setanding dengan inflasi.


Berapa peratuskah hasil pendapatan anda sekarang pasif? Mulakan bertukar Kuadran daripada aktif kepada pasif. Ini akan memberikan lebih banyak masa untuk anda melakukan apa yang anda suka ketika waktu yang anda mahukan. Jangan korbankan pendapatan sekarang,cuba satu punca pendapatan pasif setiap tahun.

Berikut adalah beberapa jenis punca pendapatan pasif yang boleh anda buat kajian:

• Pelabur yang mendapat dividen bulanan atau tahunan


• Pemilik hartanah yang menyewakan rumah atau tanah


• Penulis yang menerima royalti daripada buku tulisan mereka


• Usahawan yang mendapat keuntungan bisnes


• Agen insurans yang mendapat pendapatan sampingan


• Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka
• Ahli jualan langsung yang menerima komisen bulanan



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...