Monday, March 18, 2013

Private Retirement Scheme (PRS)


Private Retirement Scheme (PRS) atau Skim Persaraan Swasta akan mula ditawarkan kepada awam dalam bulan November atau Disember tahun ini. Suruhanjaya Sekuriti telah memberi kelulusan kepada lapan syarikat untuk menyediakan PRS.

Apa itu PRS?

PRS ialah skim yang menggalakkan orang ramai untuk menyimpan bagi tujuan persaraan. Ia sebagai dana tambahan kepada simpanan di KWSP. PRS lebih fleksible berbanding KWSP kerana ia adalah tabungan yang dibuat secara sukarela. Ia juga terbuka kepada mereka yang bekerja dengan majikan ataupun bekerja sendiri.

Kelebihan PRS:

1) Pencarum boleh memilih dana unit amanah yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti

2) Pencarum boleh membuat simpanan mengikut kemampuan, walaubagaimanapun tertakluk kepada jumlah minima yang ditetapkan oleh pengurus dana (PRS Provider)

3) Pencarum boleh menangguhkan simpanan sementara sekiranya terdapat komitmen pada masa tertentu, tetapi seeloknya simpanlah secara konsisten kerana ia tabung persaraan untuk masa depan anda

4) Pencarum  boleh mengeluarkan simpanan terhad kepada jumlah yang ada dalam akaun B (30% daripada simpanan dimasukkan ke dalam akaun B). Tiada had pengeluaran tetapi ia hanya boleh dibuat sekali setahun. Pengeluaran akan dikenakan penalti 8% untuk cukai

5) Pencarum diberikan pelepasan cukai sehingga RM3,000 setahun bermula 2012 sehingga 2022 sebagai galakan untuk menyimpan di PRS

6) Dana yang ditawarkan terbahagi kepada tiga jenis: Growth (Agresif), Moderate (Sederhana Agresif) dan Conservative (Konservatif)

Suruhanjaya Sekuriti telah menubuhkan PPA (Private Pension Administrator) untuk mengurus tadbir akaun pencarum dan pencarum boleh menyemak status pelaburan mereka dalam semua dana yang disertai di laman web PPA. Buat masa ini, anda boleh merujuk kepada laman web PPA di sini.http://www.ppa.my/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...