Monday, September 30, 2013

KEPENTINGAN DANA KECEMASAN atau EMERGENCY FUND




Bak kata pepatah Melayu “sediakan payung sebelum hujan”. Kadang-kadang dalam kehidupan kita terdapat masalah kewangan di luar dugaan. Pada masa itu, Dana Kecemasan merupakan “paying” kita untuk melindungi kita apabila “hujan”. Oleh kerana tiada siapa yang tahu masa hadapan, semua orang memerlukan dana kecemasan.

Apakah itu Dana Kecemasan?

Ianya merupakan satu dana yang anda sediakan untuk membayar perbelanjaan diluar jangkaan. Contoh perbelanjaan di luar jangkaan adalah seperti:
• Kereta anda breakdown dan anda terpaksa berbelanja besar untuk membaikinya
• Rumah anda di masuki air banjir dan banyak perabot dan harta anda perlu diganti
• Masalah kesihatan yang melanda dan anda atau ahli keluarga anda memerlukan pembedahan.
• Anda atau pasangan anda kehilangan kerja kerana majikan mengalami masalah kewangan.

Terdapat banyak lagi contoh kecemasan kewangan di luar dugaan. Pada masa itulah dana kecemasan yang anda cipta amat berguna.
Masalah Kad Kredit dan Ah Long. Hakikatnya, ramai yang tidak menyediakan “payung” sebelum “hujan”. Jadi, apabila perbelanjaan luar jangkaan berlaku, ramai terperangkap dalam hutang kad kredit yang kadar interestnya tinggi. Yang lebih malang lagi, ada yang terjebak dalam perangkap “ah long”. Dana Kecemasan dapat menyelamatkan anda daripada terperangkap dalam hutang.




Alasan tidak memulakan dana kecemasan

Alasan utama yang orang gunakan adalah “Bagaimana saya boleh menyimpan, sedangkan saya tidak mempunyai banyak duit?” Alasan ini diguna bukan sahaja oleh mereka yang bergaji rendah malah ramai yang bergaji tinggi juga mempunyai alas an yang sama. Ini kerana lumrah manusia apabila mendapat lebih akan berbelanja lebih. Perbelanjaan kita biasanya meningkat mengikut apabila pendapatan naik.

Untuk mengubah keadaan ini, anda perlu tahu bagaimana untuk “membayar diri anda sendiri terlebih dahulu”. Pada kebanyakan masa apabila kita mendapat gaji, kita mula membayar untuk itu dan ini, dan kepada orang lain terlebih dahulu, hanya selepas itu kita menyimpan bakinya. Konsep “membayar diri anda terlebih dahulu” adalah terbalik. Anda laburkan dana dalam dana kecemasan dulu sebelum membuat perbelanjaan lain.

Contoh sekiranya gaji bersih anda RM1,500. Katakan anda ingin ciptakan dana kecemasan dengan 10% daripada gaji anda, maka anda boleh menyimpan RM150 setiap bulan dan selebihnya baru dibelanjakan. Cara yang paling efektif adalah mencipta satu “akaun simpanan automatik” dimana anda menggunakan perkhidmatan autodebit bank atau potongan gaji majikan untuk “memaksa” anda menyimpan.

Jangan berputusa asa jika anda hanya dapat menyimpan sedikit. Seperti pepatah Melayu ada mengatakan,“Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit!” Sebagai garis panduan, simpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan anda. Walaubagaimanapun, ini bukanlah sesuatu yang dapat dilakukan selalu. Adalah lebih baik bermula dengan jumlah yang anda selesa dan secara perlahan-perlahan menuju ke arah matlamat itu.

Sentiasa ingat bahawa dana tersebut adalah untuk tujuan kecemasan sahaja dan jika ia bukan kecemasan, anda tidak patut menyentuhnya!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...