Tuesday, February 12, 2013

Rancang Pelaburan Anda

 
Sebelum melabur, anda perlu mengenalpasti matlamat kewangan anda. Pelaburan adalah berbeza dengan simpanan. Pelaburan yang bijak merupakan hasil daripada perancangan yang terperinci dalam memahami keadaan pasaran.

Berikut adalah panduan yang boleh anda gunakan untuk melabur:


  Sebelum anda melabur, anda perlu tahu tujuan pelaburan anda, iaitu matlamat dan objektif kewangan anda. Matlamat kewangan anda mungkin untuk membeli kereta, rumah, membiayai pengajian anak, pergi bercuti atau merancang persaraan yang selesa. Ramai yang melabur untuk:
   
 
Mengekal atau memelihara kuasa beli bagi jumlah wang pokok yang dilaburkan
Mendapat pendapatan daripada pelaburan anda
Meningkatkan nilai aset bersih anda
   
  Anda boleh mencapai matlamat anda dengan melabur simpanan anda berdasarkan jangka masa apabila matlamat kewangan anda boleh dicapai.


  Memandangkan pelaburan ialah komitmen jangka panjang, anda perlu mengambil kira kemampuan dan keupayaan anda untuk melabur sebelum anda membuat pelaburan. Antara isu utama yang perlu dipertimbangkan adalah seperti yang berikut:
   
 
Berapa banyakkah wang yang anda punyai untuk komitmen jangka sederhana dan panjang?
Adakah anda benar-benar memahami produk yang anda hendak laburkan?
Adakah pelaburan yang dirancang bersesuaian dengan portfolio keseluruhan anda?
Sudahkah anda membandingkan pulangan bagi pelaburan lain yang sama?

Adakah anda memahami risiko yang terbabit dan adakah anda tahu tahap kerugian yang boleh anda tanggung? (iaitu berapa banyakkah perubahan harga/nilai pelaburan yang anda boleh tanggung)

Apakah jangkaan anda terhadap pulangan daripada pelaburan anda? (iaitu berapa banyakkah pulangan yang akan memuaskan anda)
Berapa lamakah tempoh pelaburan anda? (sebagai contoh, 5 tahun, 10 tahun, dsb.)

Bagaimanakah anda boleh memantau prestasi pelaburan anda secara berterusan berbanding dengan keperluan anda yang berubah-ubah?


 
Kepelbagaian
  Kepelbagaian merupakan cara yang berkesan untuk meminimumkan risiko dan melindungi anda daripada volatiliti dalam sesuatu kelas aset atau industri. Jenis pelaburan yang berbeza terdedah kepada tahap risiko yang berbeza dan dengan kepelbagaian, kerugian dalam sesetengah pelaburan boleh diimbangi oleh perolehan pelaburan lain.
   
 
Nilai masa wang
  Lebih awal anda melabur, lebih besar pulangan atas nilai wang anda. Carta di bawah menunjukkan bagaimana pelaburan sebanyak RM1,000 pada kadar pulangan yang berbeza akan berkembang dalam tempoh 40 tahun.
   
 
Impak Inflasi dan Cukai
  Walaupun anda memperoleh pulangan daripada pelaburan, nilai sebenar pelaburan anda mungkin berkurangan disebabkan oleh kesan inflasi. Oleh itu, anda perlu melabur dalam aset yang membolehkan anda mendapat pulangan terbaik sesudah mengambil kira kesan pencukaian dan inflasi dalam jangka panjang.
   
 
Memaksimumkan Pulangan
  Masa yang diperlukan untuk menggandakan wang anda boleh dikira dengan menggunakan Peraturan 72. Sila rujuk formula di bawah untuk mengira:
   
 
72
kadar faedah yang diterima
= Masa yang diperlukan untuk menggandakan pelaburan  
   
  Sekiranya pulangan yang dikira tidak memuaskan, anda boleh mempertimbangkan pilihan lain yang memberi kadar pulangan yang lebih tinggi.
   
 
Pemurataan Kos Ringgit (Ringgit Cost Averaging)
  Satu teknik yang diamalkan dengan meluas dalam industri amanah saham, ia melibatkan pelaburan jumlah yang tetap untuk tempoh yang khusus seperti bulanan, suku tahunan, atau tahunan tanpa mengambil kira bagaimana pasaran saham bergerak.
   
 
Hubungan Risiko Dengan Pulangan  
  Terdapat banyak instrumen pelaburan dalam pasaran dan masing-masing mempunyai tahap risiko dan jangkaan pulangan yang berbeza. Sesetengah jenis pelaburan (seperti simpanan bon) bersifat "lebih selamat" berbanding dengan pelaburan yang lain. Ini bermaksud bahawa pelaburan asal anda kekal tetapi kadar pulangannya mungkin lebih rendah.Sebaliknya, pelaburan yang menjanjikan pulangan yang lebih tinggi (seperti dana amanah saham ekuiti atau saham) juga mempunyai risiko yang lebih tinggi.  
   
 
Memahami Risiko
  Risiko ialah satu penunjuk jangkaan mengenai potensi keuntungan atau kerugian yang berkaitan dengan pelaburan yang merentangi masa. Jika anda menjangka akan meraih keuntungan yang tinggi dalam tempoh yang singkat, risiko yang ditanggung adalah tinggi. Walau bagaimanapun, jika anda memilih pelaburan jangka panjang, tahap risiko yang ditanggung adalah lebih rendah. Semakin panjang tempoh masa pelaburan, variasi dan volatiliti pulangan cenderung untuk menjadi lebih rendah.
   

  Setiap aset adalah unik dan mempunyai profil risiko pulangan yang berbeza yang membolehkan anda melabur untuk mencapai matlamat kewangan yang berbeza. Graf di bawah menunjukkan risiko dan pulangan bagi beberapa jenis instrumen pelaburan.
   
  Potensi Pulangan
   
 


Sumber : http://www.bankinginfo.com.my

















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...